Resepi nasi lemak sedap memang bergantung pada sambalnya. Kalau sambal kurang ‘kick’, nasi lemak keseluruhannya boleh rasa kurang menyengat.

Jadi, jika anda ingin membuat nasi lemak yang benar-benar sedap dan memuaskan, pastikan sambalnya betul-betul mantap.

Ikuti resipi di bawah ini untuk membuat sambal yang akan menjadikan hidangan nasi lemak anda lebih istimewa. Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Masak Nasi Lemak Yang Lembut, Wangi & Cantik Sebiji-Sebiji, Mudah Je!

RESEPI NASI LEMAK SEDAP (SAMBAL PADU)

resepi nasi lemak sedap

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 labu bawang holland
  • 5 ulas bawang merah
  • Sedikit halia
  • Sedikit belacan
  • Sedikit ikan bilis
  • 6 sudu besar cili kisar
  • Gula atau nisan (secukup rasa)
  • Garam (secukup rasa)
  • Sedikit air asam jawa

Cara memasak:

  1. Kisar semua bahan iaitu bawang holland, bawang merah, halia, belacan, dan ikan bilis sehingga halus.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan yang telah dikisar tadi hingga pecah minyak dan harum.
  3. Selepas itu, masukkan pula cili kisar dan teruskan menumis hingga pecah minyak.
  4. Kemudian, tambahkan gula atau nisan, garam, dan sedikit air asam jawa mengikut citarasa.
  5. Kacau rata dan masak sehingga sambal mencapai kepekatan yang diingini bergantung pada selera anda.

Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Sis Norey Yusof

Baca juga: Cara Sukat Nasi Lemak Untuk Makan Ramai, Baru Tak Risau Terlebih Atau Terkurang

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending