Jika selama ini sudah sering makan kuah Asam Laksa yang biasa saja, kami cadangkan anda buat dalam versi chinese style. Bukan saja sedap, malah aromanya cukup memikat.
Secara umumnya, laksa mempunyai dua jenis kuah iaituĀ kuah asam (yang biasanya disebut sebagai asam laksa) dan kuah kari (yang biasanya disebut laksa kari atau laksa merah).
Kami tertarik dengan perkongsian resipi oleh Eja Rahim di Facebook. Rupa-rupanya, ada satu bahan rahsia untuk naikkan aromanya. Jom kita cuba!
Baca juga: Laksa Siam Dengan Kuah Pekat Berlemak, Sumpah Sedap Sampai Mengidam!
Bahan-bahan (kisar bahan bertanda *):
Bahan-bahan rencah (potong macam biasa kecuali daun pudina):
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampi pecah minyak.
2. Masukkan pes asam pedas dan bunga kantan, kemudian kacau sebati.
3. Masukkan air asam jawa dan nenas yang telah dikisar, kemudian biarkan mendidih sekejap.
4. Selepas itu, masukkan sardin tin tadi dengan air rebusan ikan dan tambahkan air, tapi kuah jangan pekat tau.
5. Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukup rasa (biar rasanya sedikit manis), kemudian didihkan lagi. Siap untuk dihidang!
Buat pengetahuan anda, kuah Asam Laksa ini sedap dimakan dengan laksa basah. Selain itu, kuah ini wajib ada daun pudina, baru naik rasa dan aromanya.
Selamat mencuba!
Sumber: Eja Rahim
Baca juga: Resepi Laksam Sukatan Cawan, Hasil Cantik, Licin Dan Lembut Dimakan
Wantan goreng antara kudapan yang ramai suka kerana kulitnya yang rangup dengan inti ayam yang…
Cara masak sup ayam menggunakan periuk claypot sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan berkuah…
Bau bawang yang melekat pada tangan selepas memasak memang boleh mengganggu, lebih-lebih lagi apabila baunya…
Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…
Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana…
Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari…