Categories: Informasi

Beza Chopper Dan Blender, Mana Satu Yang Lebih Sesuai Pakai Di Dapur?

Chopper dan blender merupakan antara peralatan yang wajib ada di dapur. Namun, anda perlu tahu beza chopper dan blender sebelum menggunakannya untuk memasak.

Banyak peralatan dapur yang membantu kerja memasak jadi lebih mudah dan kami yakin anda sudah pasti biasa dengar tentang chopper dan blender bukan?

Kedua-dua peralatan ini sangat memudahkan kerja untuk memotong bahan masakan di dapur. Senang cerita, tak perlu guna pisau, guna chopper dan blender saja sudah memadai.

Chopper adalah peralatan dapur tanpa elektrik yang boleh membantu anda memotong, mengisar serta mencampur rempah-ratus supaya lebih sebati. Biasanya, ia bersaiz kecil saja.

Blender pula merupakan peralatan yang menggunakan elektrik untuk mengisar bahan sehingga lumat dan saiznya yang besar boleh digunakan untuk mengisar banyak bahan.

Walaupun kedua-duanya berfungsi untuk mengisar bahan, namun ada beza chopper dan blender yang perlu diketahui mengikut kesesuaiannya di dapur. Jom kita tengok perbezaannya!

Baca juga: Beza Buttercup Tong Dan Buku, Salah Satunya Buat Biskut Jadi Lebih Wangi!

BEZA CHOPPER DAN BLENDER

Chopper

Kredit Gambar: Shopee Malaysia

  • Saiz lebih kecil dan ringan serta mudah disimpan.
  • Tak perlu masukkan air untuk menggunakannya.
  • Mata pisaunya lebih besar, panjang dan lebih tajam.
  • Digunakan untuk menghiris bahan secara kasar.
  • Menggunakan tenaga kerja yang banyak tapi jimat tenaga elektrik.
  • Biasanya digunakan untuk mengisar jumlah bahan yang sedikit.

Blender

  • Saiz lebih besar dan berat serta makan ruang yang banyak.
  • Perlu masukkan sedikit air bagi mengelakkannya mudah rosak.
  • Mata pisaunya lebih kecil, pendek dan tajam.
  • Digunakan untuk mengisar bahan secara halus.
  • Lebih mudah dikisar dengan menggunakan tenaga elektrik.
  • Biasanya digunakan untuk mengisar jumlah bahan yang banyak.

Walaupun adanya beza chopper dan blender ini, namun kami berpendapat kedua-duanya wajib ada di dapur kerana sangat berguna untuk memudahkan kerja seharian.

Jika nak potong bahan yang sedikit, boleh gunakan chopper dan begitu juga sebaliknya untuk blender. Jika nak lebih cepat dan jimat tenaga, boleh guna blender saja.

Semoga bermanfaat!

Sumber: PTA First Electrical

Baca juga: Perbezaan Gula Kastor Dan Gula Halus, Begini Cara Gunakannya Dengan Betul

Aimi

Recent Posts

Resipi Araittuvitta Mutton Kuzhambu, Kari Kambing ‘Pure’ Dengan Rempah Sangai Buat Kuah Lebih Harum!

Resipi kari kambing ini menggunakan teknik masakan tradisional India yang dikenali sebagai Araittuvitta Mutton Kuzhambu.…

32 mins ago

Ayam Masak Ketumbar Cili Padi, Masak Sampai Naik Bau Memang Buat Bertambah Nasi!

Buntu memikirkan menu lauk untuk keluarga? Apa kata cuba ayam masak ketumbar yang digabungkan dengan…

2 hours ago

Resipi Sos Thai Homemade, Tekstur Pekat Likat Memang Puas Nak Cicah Dengan Apa Pun!

Resepi sos thai homemade ini boleh disediakan sendiri di rumah menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati.…

3 hours ago

Cara Buat Scone Homemade Guna Tepung Kek, Rangup Di Luar & Gebu Di Dalam!

Resepi scone merupakan antara pilihan menarik yang boleh disediakan untuk sarapan pagi atau minum petang.…

3 hours ago

Cara Simpan Daun Kari & Daun Masakan Lain, Tak Kecut Walaupun Dah Berbulan!

Daun kari antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan seperti kari ayam, kari ikan dan…

19 hours ago

Resipi Enoki Goreng Salted Egg, Cendawan Rangup Dengan Salutan Sos Lemak Pedas

Enoki goreng salted egg antara hidangan yang boleh dijadikan kudapan atau lauk tambahan ketika makan.…

19 hours ago