gulai kuning ikan

Kalau dah bosan asyik masak kari, kali ini apa kata jom cuba gulai kuning ikan merah versi Kelantan ini.

Resipi perkongsian oleh Encik Ben Safwan menerusi laman sosial Facebook miliknya juga cukup ringkas dan mudah untuk diikuti.

Jika ada yang mahu mencuba, boleh lihat resipi langkah demi langkah di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Resipi Ikan Merah Masak Cuka Yang Lazat, Boleh Buat Bertambah Nasi Dua Kali!

GULAI KUNING IKAN MERAH

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Kepala ikan merah 1.0-1.5 kilogram
  • 3 biji bawang merah saiz bola pingpong 
  • 7 cm panjang x 1 cm tebal lengkuas
  • 7 cm panjang x 1.5 cm tebal kunyit hidup
  • 3 lado burung hijau (kalau mahu kuah warna oren, gantikan dengan 1 sudu makan cili kisar)
  • Air 900 ml (gunakan dari jumlah air ini untuk kisar semua bahan)

Cara memasak:

1. Kepala ikan seberat 1.1 kilogram selepas disiang ini dilumur dengan 1 sudu makan garam pink Halalgel. Lumur sebelum masuk tidur, letak dalam peti. Cucuk juga isi tebal dengan pisau supaya garam menyerap masuk ke dalam isi.

2. Dalam periuk, masukkan bahan kisar, baki air, 1 keping asam keping kampung, 1 sudu makan gula dan 100 ml santan pekat terlebih dahulu.

3. Biarkan bawang masak dalam campuran semua bahan dan mulai mendidih.

4. Kemudian, baru masukan potongan kepala ikan merah, 400 ml santan pekat (jumlah 500 ml kesemua santan) dan boleh masukkan lada solok original kalau ada.

5. Masak atas api sederhana dan kacau sesekali untuk elak santan terbit minyak. Biasanya potongan ikan akan masak dalam 8-10 minit. Dalam waktu sama, rasa kuah jika perlu tambah garam atau tidak.

gulai kuning ikan

6. Dah boleh tutup api dan dihidangkan. Sedap isi ikan tidak terasa tawar. Selamat mencuba!

gulai kuning ikan

Kredit resipi dan gambar: Facebok Ben Safwan

Baca juga: Cara Masak Kari Kepala Ikan Merah, Tanpa Guna Santan Tapi Tetap Padu!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN