daging goreng belengas

Kali ini, jom kita cuba masak daging goreng belengas yang pasti akan menggoda selera. Menariknya, resipi ini menggunakan tenderloin, jadi ia cepat empuk dan sesuai untuk hidangan segera.

Dengan kombinasi bahan sos dan sayur-sayuran, hidangan ini bukan sahaja enak tetapi juga seimbang dengan pelbagai rasa dan tekstur.

Sangat membuka selera jika dimakan bersama nasi putih panas. Jom kita lihat resipi penuh yang dikongsikan oleh Cik Puan Makcik Ratu menerusi laman sosial Facebook beliau.

Baca lagi: Cara Buat Pizza Dari Roti Tawar Tanpa Oven, Boleh Masak Guna Kuali Je!

RESIPI DAGING GORENG BELENGAS

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging
  • 1 sudu besar serbuk kunyit

Bahan Tumisan:

Bahan Sos:

  • 10 sudu besar sos cili
  • 4 sudu besar kicap manis
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil lada hitam halus
  • Secukup rasa – Untuk menyeimbangkan rasa.

Sayur-sayuran:

  • 1 batang lobak merah kecil – Dipotong panjang.
  • 1 biji lada benggala – Warna hijau, merah, atau kuning, ikut pilihan.
  • 1 batang lada merah – Dihiris nipis.
  • 5 batang cili padi hijau – Dibelah dua.
  • 1 lada hijau – Dihiris nipis.
  • ½ biji bawang Holland besar – Dihiris memanjang.
  • Kacang buncis atau kacang panjang – Ikut suka dan kesediaan.

Cara Penyediaan:

1. Hiris nipis daging tenderloin, kemudian rebus bersama serbuk kunyit sehingga empuk.

2.  Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih yang telah dihiris bersama halia sehingga naik bau dan wangi.

3.  Setelah bawang putih dan halia wangi, masukkan daging yang telah direbus tadi dan goreng seketika hingga sedikit garing.

4.  Tambahkan sos cili, kicap manis, sos tiram, dan lada hitam ke dalam kuali. Gaul rata kesemua bahan sehingga sebati dan sos meresap ke dalam daging.

5.  Masukkan lobak merah, lada benggala, lada merah, cili padi, lada hijau, bawang Holland, serta kacang buncis atau kacang panjang.

6. Gaul rata dan biarkan semua bahan masak bersama sehingga sayuran sedikit lembut namun masih rangup.

7. Tambahkan secukup rasa jika perlu, kacau sekali lagi sehingga semua bahan sebati dengan sempurna.

daging goreng belengas

Selamat mencuba!

Sumber: Makcik Ratu

Baca lagi: Resipi Makaroni Salad Yang Simple, Sebekas Tak Cukup Sebab Anak Suka!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN