Sedapnya Daging Dendeng Minang ini. Boleh dijadikan idea untuk menu sahur keluarga hari ini. Bila sebut pasal Dendeng, ada pelbagai resipi yang ada.
Ada yang manis bercampur kicap. Ada yang ditambah dengan ketumbar dan bermacam-macam lagi stail. Bergantung ada kegemaran masing-masing. Sesiapa yang sukakan lauk sambal dan pedas, memang sesuai sangat cuba menu ini.
Baca juga: Panduan Simpan Daging Mengikut Jenis Supaya Tahan Lama
Tips untuk rasa Dendeng yang sedap adalah, guna air rebusan daging untuk kisar bahan-bahan rencah dan juga, guna minyak goreng daging untuk menumis rencah tersebut. Memang naik bau harum! Rasanya pun lebih sedap.
RESIPI DAGING DENDENG MINANG SUKATAN UNTUK 1KG
Bahan-bahan:
- 1 kilo daging
- 2 sudu besar ketumbar – tumbuk
- 4 sudu besar kicap manis
- 5 helai daun limau purut
- 1 batang serai – ketuk
- Gula garam secukup rasa
Bahan kisar:
- 5 biji cili merah
- 1 genggam cili kering – rebus
- 1 biji bawang besar
- 6 ulas bawang putih
- 1 sudu besar ketumbar
- 2 inci halia
Cara-cara memasak:
1. Rebus daging bersama ketumbar hingga lembut, angkat dan toskan.
2. Hiris nipis2 masukkan kicap dan gaul2. Kemudian goreng, angkat dan ketepikan.
3. Tumis bahan kisar bersama serai, daun limau hingga pecah minyak dan tambahkan 1 cawan air.
4. Perasakan gula garam dan masukkan daging dan masak sehingga kuah kering. Siap.
Selamat mencuba.
Sumber: Facebook Zulkifli Mat
Baca juga: Daging Masak Hitam Ala-Ala Kenduri, Banyak Kali Panas Lagi Sedap!