familymart

Pemegang saham terbesar FamilyMart Co Ltd, Itochu Corporation, bakal menamatkan kerjasama (MoU) dengan Elbit Systems, sebuah syarikat pertahanan Israel.

Keputusan ini diambil selepas seruan boikot terhadap rangkaian kedai serbaneka yang popular itu berikutan laporan berita tahun lalu mengenai anak syarikatnya, Itochu Aviation, yang menandatangani MoU dengan Nippon Aircraft Supply dan Elbit Systems untuk mengimport teknologi pertahanan ke Jepun demi keselamatan negara berkenaan. 

Baca juga: Reaksi Orang Jepun Dengan Menu Family Mart Dirojakkan Undang Pelbagai Reaksi Netizen

FamilyMart Tamatkan Kerjasama Dengan Syarikat Israel

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di Facebook, FamilyMart Malaysia menyatakan kesedaran terhadap seruan boikot yang terjadi kepada syarikat tersebut, sekali gus mengumumkan bahawa Itochu Aviation akan mengakhiri MoU, seperti yang dilaporkan dalam berita Jepun. 

familymart

Kenyataan menerusi posting Facebook.

“Keputusan ini diambil sebagai sokongan terhadap kerajaan Jepun melalui Mahkamah Keadilan Antarabangsa, termasuk mencegah tindakan genosida di Jalur Gaza.

“FamilyMart Malaysia menegaskan pendirian kami yang tidak menyokong keganasan atau pembunuhan dan bahawa kami tidak menyumbang, menderma, atau berurusan dengan Israel,” katanya.

Pada 26 Januari yang lalu, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memerintahkan Israel untuk mencegah tindakan genosida terhadap rakyat Palestin. Namun, mahkamah dunia itu tidak memerintahkan gencatan senjata seperti yang diminta oleh Afrika Selatan.

Afrika Selatan sebelum ini mengemukakan permohonan dengan ICJ untuk menyiasat tindakan genosida yang didakwa dilakukan oleh Israel di Gaza.

Negara itu, yang telah menyokong Palestin selama beberapa dekad, juga mendesak untuk satu perisytiharan segera bahawa Israel melanggar kewajipannya mengikut Konvensyen Genosida 1948.

Mereka juga meminta mahkamah Israel untuk segera menghentikan semua tindakan dan langkah-langkah yang melanggar kewajipannya.

Menjenguk ke ruangan komen pula, rata-rata netizen juga menyokong tindakan pantas syarikat tersebut dalam memastikan tiada sebarang kaitan dengan penyokongan kekejaman pihak Israel.

Sumber: Facebook

Baca juga: Sandwich Strawberry Ala Family Mart, MUDAH Rupanya Nak Buat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN