cucur udang rangup

Jom cuba resepi cucur udang rangup ini. Buat sendiri baru puas hati berbanding beli kerana kadang-kadang cucur tersebut tidak menepati cita rasa.

Lebih istimewa lagi, cucur ini tidak perlu menggunakan yis atau soda bikarbonat. Namun hasilnya tetap gebu dan lembut.

Anda boleh cuba resipi Cucur Udang Istimewa Mak Tun yang dikongsi sendiri oleh anaknya iaitu Chef Aezach AR. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Cucur Kentang Guna Bahan Mudah, Rangup Di Luar Dan Lembut Di Dalam!

CARA BUAT CUCUR UDANG RANGUP

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 500gm tepung gandum
  • 250gm taugeh
  • 150gm daun bawang – potong kecil
  • 150gm bawang besar – hiris
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 biji telur
  • Udang – buang kulit
  • Lobak merah – optional
  • Cili merah – optional

Langkah-langkah penyediaannya:

1. Campurkan semua bahan bahan di atas bersama air. Tuangkan air sedikit demi sedikit sehinga sebati dan mencapai kepekatan yang disukai.

cucur udang rangup

2. Biarkan batter (adunan) selama 30 minit sebelum digoreng.

3. Goreng dengan api perlahan supaya cucur yang dihasilkan mempunyai tekstur garing di luar dan lembut di dalam.

4. Selamat mencuba!

cucur udang rangup

Kredit resipi dan gambar: Aezack AR

Baca juga: Resipi Cucur Jagung, Buat Untuk Anak Memang Habis Licin Dimakan

Baca juga: Cucur Roti Guna Lebihan Roti Di Rumah, Lembut Dan Rangup Kejadiannya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN