kacang telur

Selain kuaci, kacang juga merupakan kudapan yang digemari ramai. Jadi, kacang telur daun kari ini salah satu resipi yang boleh dicuba.

Jika ada yang belum tahu, kacang mengandungi vitamin, mineral dan protein yang baik untuk tubuh badan. Memang tak rugi kalau makan selalu!

Memang dijamin tak berhenti makan, terutama sambil tengok televisyen. Kunyah-kunyah, tak sedar dah habis satu balang!

Baca juga: Cara Buat Kacang Tanah Goreng Masin, Ralit Kunyah Sampai Licin Sebekas!

RESEPI KACANG TELUR DAUN KARI YANG RANGUP & RAPUH

kacang telur

Bahan-bahan:

  • 500g kacang tanah
  • 2 sudu besar tepung beras
  • Tepung pulut secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

Bahan kisar:

  • 5 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili kering (telah direbus lembut)
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 biji telur gred A/B
  • 100g gula pasir
  • 1 sudu besar serbuk pati ayam
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu kecil garam
  • Perasa secukupnya

Cara-cara:

  1. Cuci bersih kacang tanah dan toskan airnya sekejap.
  2. Selepas siap toskan airnya, sangai kacang tadi supaya kacang kering.
  3. Bila kacang dah kering, ketepikan dahulu.
  4. Kemudian, kisar semua bahan hingga halus.
  5. Bila dah siap kisar semua, tuangkan ke atas kacang yang telah disangai tadi.
  6. Selepas itu, masukkan dua sudu besar tepung beras. Kacau sebati semua bahan.
  7. Masukkan pula tepung pulut sedikit demi sedikit dapat adunan seperti dalam gambar. Tepung pulut ini tiada sukatan.
  8. Goreng kacang dalam minyak panas supaya kacang kembang dan senang dileraikan.
  9. Bila kacang dah kembang dan lerai, kecilkan api dan goreng sampai kacang masak.
  10. Pastikan guna api kecil saja supaya kacang masak dengan sekata di luar dan di dalam.
  11. Taburkan daun kari yang telah digoreng dan biarkan sejuk sebelum disimpan di dalam bekas.

Selamat mencuba!

Kredit: Cik Puan Hana

Baca juga: Resepi Kacang Sira Sambal Pedas Manis, Teringat Zaman Sekolah Dulu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN