cucur roti

Rupa-rupanya ada juga cucur roti yang menggunakan roti putih yang sedap, lembut dan kaya dengan tekstur. Resipi unik ini dikongsikan oleh Jaja Noriza. Jom dapatkan idea baru cucur sedap untuk santapan keluarga.

Kadang-kadang senang mencuba menu baru yang lain dari yang lain. Kalau tiada roti gardenia pun boleh guna jenama lain, asalkan roti putih.

Baca juga: Cucur Crabstick Guna 3 BAHAN Je, Anak Anak Mesti Berhantu Nak Makan!

Seperti cucur udang juga, ramuan roti cucur ini lebih sedap jika ada sayur lain seperti taugeh, lobak merah dan daun bawang. Kalau suka pedas, boleh masukkan sebiji cili merah yang dihiris.

Anda tidak akan cepat rasa muak walaupun makan beberapa biji cucur, asalkan digoreng rangup dan garing. Mari ikuti resipi penuh disini. 


RESIPI CUCUR ROTI CARA MUDAH

cucur roti

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 5 keping roti
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air biasa
  • 1 biji bawang besar hiris
  • Daun bawang, cili merah, kucai, carrot di hiris halus dan taugeh
  • Udang/ikan bilis/isi ayam/sosej 
  • Garam dan maggi secukup rasa
  • Serbuk kunyit – optional

Cara-cara memasak:

1. Sediakan besen atau mangkuk yang besar dan bersesuaian.

2. Satukan kesemua bahan kecuali air.

3. Kemudian masukkan air sikit demi sedikit sambil gaulkan bahan-bahannya.

4. Gaul sampai jadi bancuhan pekat macam dalam gambar. Jangan terlalu cair atau terlalu pekat.

5. Panaskan minyak dalam kuali.

6. Setelah minyak dah betul-betul panas, sendukkan bancuhan dan goreng sampai garing dan warna keperangan.

7. Dah garing, boleh angkat dan toskan minyak.

8. Sedia untuk dihidangkan.


Selamat mencuba resipi cucur versi ini.

Sumber: Facebook Jaja Noriza

Baca juga: Tip Cucur Udang Tak Serap Banyak Minyak, Ini RAHSIA Yang Peniaga Selalu Buat

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN