Sesetengah orang memanggil Cucur Telur sebagai jemput-jemput telur kerana saiz kuih goreng ini seperti sejemput tangan ketika diletakkan ke dalam minyak untuk digoreng.
Ramai tertarik dengan perkongsian Cucur Telur di Facebook oleh Fiza Asmuni yang hasilnya sangat memikat selera sampai ada yang tertanya tentang resepinya. Jom kita cuba!
Baca juga: Cucur Roti Gardenia, Guna 3 Langkah Saja Tapi Lembutnya Luar Biasa
RESIPI CUCUR TELUR
Bahan untuk membuat doh:
Bahan untuk membuat inti:
Cara-cara membuat doh:
1. Mula-mula, larutkan tepung, planta dan telur dahulu, kemudian masukkan air garam sedikit demi sedikit.
2. Setelah siap doh, bulatkan kecik-kecik sehingga dapat 10 hingga 15 biji (biasanya ½kg tepung akan dapat dalam 15 biji mengikut saiz yang dimahukan), kemudian sapukan planta di sekelilingnya.
3. Rehatkan doh yang sudah disapu planta selama 5 hingga 6 jam (simpan dalam peti pun boleh)
Cara-cara membuat inti:
1. Mula-mula, potong semua bahan untuk membuat inti.
2. Selepas itu, terus panaskan kuali dan letakkan semua bahan inti, kemudian biarkan air bawang kering semuanya dahulu, barulah letak telur dan secubit garam.
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, keluarkan doh yang berada dalam peti dahulu 10 minit sebelum canai.
2. Selepas itu, canaikan doh tersebut dan letak inti di bahagian tengah, kemudian balut lebih kurang seperti murtabak.
3. Sebelum goreng, letak planta atau minyak atas doh yang sudah dibalut, kena tarik hujung-hujungnya.
4. Akhir sekali, panaskan minyak yang penuh dalam kuali dan goreng sehingga kekuningan, lebih kurang seperti goreng karipap, kemudian angkat dan toskan. Siap untuk dihidang!
Nak hidangkan minum petang yang lazat di rumah, bolehlah buat Cucur Telur rangup dengan inti yang sedap di dalamnya ini.
Selamat mencuba!
Sumber: Fiza Asmuni
Baca juga: Nak Cucur Ayam Sedap Dan Tak Serap Minyak, Masukkan ‘Bahan’ Ini