6 Senarai Kedai Yang Menjual Nasi Kerabu Sedap Di Sekitar KL Dan Selangor

Siapa je tak suka Nasi Kerabu kan? Nasi kerabu adalah makanan yang sesuai untuk dijadikan makanan sarapan pagi, makan tengah hari dan juga malam.

Nasi Kerabu didatangkan dengan nasi berwarna biru kerana ianya hasil daripada bunga kacang rama-rama yang digunakan dalam masakan. Nak lagi sedap, nasi kerabu selalunya dimakan dengan lauk pilihankegemaran anda seperti telur masin, sayur-sayuran, budu, sambal dan keropok. Nasi Kerabu juga disediakan dalam warna lain seperti kuning (kunyit) dan hijau (campuran pandan dan herba lain).

Nasi Kerabu juga adalah makanan kegemaran orang ramai dan ia datang dari Kelantan. Memang sedap sampai menjilat jari lah. Jadi kalau anda yang berada di KL dan Selangor dan mencari kedai Nasi Kerabu yang sedap, jom baca artikel ini dengan lebih lanjut.

6 Senarai Kedai Yang Menjual Nasi Kerabu Sedap Di Sekitar KL & Selangor:

1. Kelate Kitchen

6 Senarai Kedai Yang Menjual Nasi Kerabu Sedap Di Sekitar KL & Selangor

Kelate Kitchen merupakan sebuah restoran yang paling popular yang pernah dibuka di Setapak, KL. Hampir setiap hari pasti akan ada orang yang menunggu dalam barisan yang panjang untuk makan tengah hari di sini. Selain daripada Nasi Kerabu mereka yang sedap, di sini juga ada menjual Nasi Kukus yang mendapat perhatian ramai juga. Dan tidak lengkap makanan anda kalau anda tak try Teh Ais Madu mereka yang kaw ni. Memang rugi kalau anda tak singgah ke sini.

Alamat: Plaza Prima Setapak, B, 7 & 8, Jalan Prima Setapak 1, Taman Setapak, 53100 Kuala Lumpur
Waktu Beroperasi: Setiap Hari (10AM – 10PM)

2. Warung Wok

6 Senarai Kedai Yang Menjual Nasi Kerabu Sedap Di Sekitar KL & Selangor

Tersembunyi di antara bangunan sebenarnya ada sebuah kedai yang bernama Warung Wok yang menjual makanan Kelantan. Pemilik restoran ini berasal dari Kelantan tau haa sudah tentulah makanan Kelantan di sini dijamin ori dan sedap kan? Di sini juga ada menyediakan lauk yang boleh anda makan bersama Nasi Kerabu anda seperti ikan, daging dan ayam. Sambalnya juga memang cukup menyelerakan. Anda patut cuba makan di sini!

Alamat: G – 2, Jalan Kenari 12a, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor

Waktu Beroperasi: Setiap Hari (8AM – 9PM)

3. Hayaki

6 Senarai Kedai Yang Menjual Nasi Kerabu Sedap Di Sekitar KL & Selangor

Jika anda sering ke Uptown Damansara, anda mungkin pernah ternampak Kopitiam halal yang dibuka 24 jam ini. Kesistimewaan kedai ini adalah mereka menghidangkan pelbagai jenis makanan Kelantan. Tapi antara makanan yang sering menjadi pilihan orang ramai semestinya lah Nasi Kerabu Ayam Percik mereka. Fuhh memang sedap tak terhingga.

Alamat: Jalan SS 21/37 Uptown, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Beroperasi: Setiap Hari (24 Jam)

4. Tempurung Kitchen

6 Senarai Kedai Yang Menjual Nasi Kerabu Sedap Di Sekitar KL & Selangor

Kafe di Shah Alam ini menyajikan masakan asli Kelantan. Dan dengar cerita masakan di sini dimasak oleh chef yang sangat berpengalaman tau, haa confirm la sedap makanan di sini. Antara menu popular di sini adalah Nasi Kerabu Bedo’oh iaitu makanan yang dihidangkan bersama nasi kukus kuning, lamb chop, keropok, sayur-sayuran, kuning telur masin dan budu. Wow menarik kan?

Alamat: 10-1 Jalan Lengkuas D16/D Ken Rimba, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor

Waktu Beroperasi: Setiap Hari (11.30AM –10.30PM)

5. Restoran Patatimo

6 Senarai Kedai Yang Menjual Nasi Kerabu Sedap Di Sekitar KL & Selangor

Bagi mereka yang tinggal di KL dan mengidamkan Nasi Kerabu pada pukul 3 pagi, Patatimo adalah tempat yang boleh anda kunjungi. Restoran ini dibuka sehingga 5 pagi dan Nasi Kerabu mereka dilengkapi dengan ayam goreng fresh dimasak.

Alamat: D’Wangsa, 11, Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Beroperasi: Setiap Hari (7.3AM – 5AM)

6. Warung Ambo

Bagi mereka yang tinggal di Shah Alam, anda boleh mendapatkan Nasi Kerabu yang sedap dan murah di sini. Nasi Kerabu Biasa (tanpa daging) mereka hanya lah berharga RM3.50,dan kalau anda tambah ayam atau daging, satu pinggan Nasi Kerabu hanyalah berharga RM7.50. Murah sangat kan? Memang tak peliklah kenapa orang ramai sanggup beratur panjang di kedai ini. Dah la sedap murah pula tu!

Alamat: 38, Jalan Novelis U1/86A, Laman Glenmarie, 40150 Shah Alam

Waktu Beroperasi: Setiap Hari (8.30AM – 4PM)

Haa menarik kan senarai kedai Nasi Kerabu di atas? Lepas ni jika anda teringinkan Nasi Kerabu dah tak perlu susah-susah cari kedai yang jauh! Selamat mencuba.

Sumber: funntaste.com 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN