crispy beef

Pantang nampak ada yang jual Crispy Beef di pasar malam, mesti nak beli punyalah. Kadangkala terfikir bagaimana caranya masak daging rangup yang sedap ini?

Jika nak cuba masak Crispy Beef yang sedap, anda boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook.

Baca juga: Daging Goreng Kunyit Simple Dengan 5 Langkah, Tak Gaduh Bila Kunyah

RESIPI DAGING RANGUP (CRISPY BEEF)

crispy beef

Bahan-bahan: (3-4 orang makan)

  • 400g daging
  • 1 biji bawang Holland
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1 butir telur
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu chilli flakes
  • 1 hingga 2 cawan tepung jagung
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar lada sulah
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar bijan (disangai)
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

1. Hiris bawang nipis-nipis, kemudian goreng dengan sedikit minyak masak dan letak secubit garam. Kemudian, goreng sehingga garing dan naik bau.

2. Potong daging nipis-nipis, lebih kurang 1 hingga 1.5cm tebal.

3. Perap dengan bawang putih, kicap cair, telur dan lada sulah, tambah garam jika perlu, kemudian biarkan sebentar selama 30 minit.

4. Masukkan tepung jagung dan gaul sehingga sebati. Kemudian, goreng dalam minyak masak yang panas. Jangan masukkan sekaligus, masukkan satu demi satu.

5. Setelah kekuningan, boleh angkat dan goreng daging buat kali kedua (double fry) supaya lebih garing.

crispy beef

6. Nak buat sos untuk gaul dengan daging, tumis bawang putih dan masukkan chilli flakes, guna cili kering atau cili kisar pun boleh dan sos tomato. Jika pekat sangat, masukkan sedikit air.

7. Masukkan kicap manis dan tambah sedikit cuka. Jika tak boleh makan cuka, boleh tukar kepada limau nipis atau limau kasturi.

8. Masukkan bawang dan daging yang telah digoreng tadi, kemudian gaul laju-laju supaya sos menyelaputi setiap inci daging. Siap untuk dihidang!

Jika boleh, gunakan bahagian daging yang lembut seperti batang pinang atau rimau menangis. Selain tepung jagung, tepung paling sesuai digunakan ialah tepung kentang.

Kerangupan salutan tepung, keenakan sos dan daging lembut pada Crispy Beef membuatkannya enak diratah begitu saja.

Selamat mencuba!

Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan

Baca juga: Cara Buat Sate Ayam & Daging Guna Air Fryer, Ada Rahsia Hasil Berkilat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN