Pelbagai aneka resipi chicken chop homemade yang anda boleh cuba. Tetapi resipi ini lain sedikit kerana anda hanya perlu menggunakan tepung gandum untuk mendapatkan kerak yang rangup dan cantik.
Namun begitu, ada teknik yang anda perlu ikut untuk mendapatkan chicken chop yang rangup dan menjadi elok. Nak tahu apa caranya? Jom kita lihat cara yang telah dikongsi oleh Nur Nadzirah Shahrul Nizam di bawah.
1. Hiris ayam, buangkan tulang dan leperkan isi.
2. Kemudian perapkan ayam di dalam air yang mengandungi bawang putih dan halia yang telah dihancurkan.
3. Dalam mangkuk lain, satukan tepung gandum, white pepper, garlic powder dan garam.
4. Selepas itu, bedakkan ayam dengan campuran tepung tadi sehingga bersalut sebati.
5. Goncangkan ayam untuk membuang lepihan tepung. Kemudian rendamkan ayam ke dalam air sejuk selama 1 saat sahaja.
6. Kemudian angkat ayam dan masukkan semula ke dalam tepung kering tadi. Pastikan ayam bersalut penuh dengan tepung untuk dapatkan kerak yang cantik dan rangup. Goncangkan ayam untuk membuang lepihan tepung.
7. Kemudian goreng ayam dalam minyak yang banyak atau menggunakan konsep deep fry.
8. Bila ayam dah masak elok dan keperangan, sedia untuk dihidangkan bersama sos blackpepper, coleslaw dan kentang putar.
1. Satukan semua bahan. Gaul sebati dan masukkan dalam peti sejuk seketika sebelum dihidangkan.
1. Rebus kentang sehingga lembut.
2. Buang kulit dan lenyek sehingga hancur.
3. Panaskan butter dalam kuali, tambahkan thickened cream, garam dan gaul rata.
Kredit: Nur Nadzirah Shahrul Nizam
Sebuah premis makanan di Kulim, Kedah diarahkan tutup selepas pemeriksaan mendapati tahap kebersihannya tidak memuaskan,…
Kuey teow ladna resepi guna seafood ini sesuai dicuba kalau teringin menikmati hidangan berkuah pekat.…
Resipi mac and cheese ini sesuai untuk anda yang ingin mencuba kelainan daripada hidangan pasta…
Ramai menggunakan gula kelapa untuk membuat kuih tradisional kerana rasanya manis dan aromanya seakan karamel.…
Donut bantal antara pilihan menarik untuk dibuat sendiri di rumah, terutama apabila teringin menikmati kuih…
Cabbage rolls ialah hidangan menggunakan daun kubis yang dibalut bersama inti, kemudian dikukus sehingga masak.…