cara simpan lobak merah

Jika suka memasak di rumah, pasti anda ingin tahu banyak tips berguna untuk diamalkan.  Oleh itu, kami nak kongsikan dengan anda tentang cara simpan lobak merah yang betul.

Lobak merah merupakan sayuran dalam tanah yang sering digunakan sebagai bahan dalam masakan seperti coleslaw, salad dan wrap.

Selain dijadikan sebagai jus yang berkhasiat, lobak merah juga boleh digunakan dalam pembuatan pastri seperti kek dan muffin.

Walaupun warnanya jingga, namun terdapat juga warna lain seperti ungu, merah, putih dan kuning serta lebih bagus digunakan ketika masih segar.

Ramai yang hadapi masalah di dapur untuk memasak dengan menggunakan lobak merah yang disimpan kerana telah lembik dan tak kelihatan segar lagi.

Bagi memastikan kesegaran sayur ini tahan lebih lama, anda perlu gunakan cara simpan lobak merah yang betul. Jom kita tengok caranya!

Baca juga: Cara Pilih Lobak Merah Yang Segar, Barulah Tak Pahit Bila Dimasak!

CARA SIMPAN LOBAK MERAH

1. Mula-mula, sediakan balang yang sesuai.

cara simpan lobak merah

2. Kemudian, potong lobak merah dan belah dua mengikut saiz balang anda.

cara simpan lobak merah

3. Seterusnya, simpan lobak merah dalam balang dan isikan air dengan penuh.

4. Selepas itu, boleh simpan balang yang berisi lobak merah tadi dalam peti sejuk seperti biasa.

5. Akhir sekali, pastikan tukar air apabila perlu dalam seminggu sekali. Siap!

Setelah menggunakan tips ini, anda akan terkejut kerana lobak merah tak lembik sama sekali dan kekal segar walaupun sudah simpan berbulan dalam peti ais.

Seperti yang semua sedia maklum, lobak merah sangat bagus untuk mata kerana kandungan vitamin A dan B di dalamnya membantu mengekalkan tahap penglihatan menjadi lebih baik.

Oleh sebab itu, anda digalakkan untuk makan lobak merah sejak kecil lagi. Bukan saja untuk mata, malah ia juga membantu penjagaan kulit daripada sinaran matahari.

Jika anda beli sayur, jangan lupa untuk gunakan cara simpan lobak merah yang mudah dan sangat berguna ini.

Semoga bermanfaat!

Sumber: AwynOthman

Baca juga: Tips Simpan Jagung Tahan Lama Sampai 3 Minggu, ‘Confirm’ Tak Kecut!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN