Rupanya ini cara siang ikan yang betul mengikut jenisnya. Lain ikan, lain caranya! Kalau salah cara, ikan akan menjadi hancur.
Oleh itu, jom MyResipi kongsikan 5 cara menyiang ikan untuk rujukan anda yang baru berjinak untuk memasak.
Ada ikan yang boleh disiang tanpa alatan dan ada yang perlu disiang menggunakan pisau atau gunting.
Baca juga: Cara Hilangkan Hanyir Ikan Patin, Kena Cari & Buang ‘Urat’ Ini Sebelum Dimasak
CARA SIANG IKAN YANG BETUL MENGIKUT JENISNYA
1. Cara siang ikan tanpa pisau
@kambing_bakar_ar cara siang ikan kembong simple dan mudah #sayacuba #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #fypage
♬ Jeming Intan Berlian (Hidup Kita Keno Steady) – Bro Az ✅ Berkongsi Rezeki
Kaedah yang pertama ini tidak perlu menggunakan sebarang alatan seperti pisau atau gunting. Anda hanya perlu menggunakan tangan sahaja.
Caranya:
- Fokuskan di bahagian kepala dan tekan kepala ikan dengan satu tangan, manakala tangan sebelah lagi menarik bahagian bawah mulut ikan.
- Kemudian, tarik keluar insang dan perut ikan secara perlahan-lahan.
- Tarik isi perut ikan dari arah atas dan bukan dari tepi untuk mengelak kerosakkan badannya.
- Cuci bahagian dalam perut ikan dengan air yang mengalir. Boleh juga bersihkan dalam besen berisi air bersih dan bilas sekali lagi ketika selesai mencuci semua ikan.
2. Kaedah siang guna pisau
@aisyasuliman Sila terima ijazah ini😋 #trending #tiktokguru #learnontiktok #TiktokHack #viral #fyp #petuadidapur #siangikan
Caranya:
- Asah pisau dengan batu asah atau alat yang sesuai untuk menajamkannya.
- Selepas itu, potong mulut ikan, sirip dan hujung ekornya. Pastikan tidak memotong bahagian ekor terlalu banyak, hanya potong sedikit sahaja.
- Belah dari perut hingga kepala dan tarik keluar insang dan isi perut semuanya.
- Pastikan kantung telur ikan tidak hancur atau ditarik keluar semasa siang ikan.
- Cuci perut ikan yang telah dibersihkan di bawah air mengalir.
- Kemudian, bilas ikan dengan air bersih sebanyak tiga kali agar dijamin bersih.
- Bagi menghilangkan bau hanyir, rendam dengan asam keping dan garam. Selepas itu, tos dan simpan dalam bekas atau plastik.
3. Cara guna gunting
@laksakinting kadang kita p market mintak peniaga tlg buang perut kan,lepas tu blk kita kena cuci blk,2x kerja,rosak ikan,lgpon kesian kt peniaga,takkan ikan kecik2 pon nk tlg bersiangkan..kita sama2 mudahkan kerja org kan..#kongsi #info #ikan #pasar #market #cuciikan #penang #seberangjaya #ikantemenung #ikankembung #tutorial
Caranya:
- Sediakan sebilah gunting tajam dan belah perut ikan dengan berhati-hati.
- Buka sedikit bahagian yang dibelah dan masukkan jari telunjuk dan jari tengah ke bawah insang.
- Tarik insang secara perlahan-lahan hingga ke hujung perut.
- Cuci darah yang tersisa pada tulang-tulang ikan sehingga bersih.
- Apabila semua ikan sudah disiang, bilas sekali lagi dengan air bersih sebelum dimasak atau disimpan.
4. Teknik siang ikan pari
@syifajamill Reply to @cifasksksk nah siang ikan pari cara masing masing check 😂
♬ original sound – Ceo of Masak KalutKalut – Syifa Masak Kalut Kalut
Caranya:
- Langkah pertama ialah pisahkan ekor dari badannya dengan menggunakan pisau tajam.
- Dengan menggunakan pisau yang sama, kikis semua lendir dan kotoran yang melekat di permukaan badan ikan pari.
- Selesai membuang lendirnya, potong bahagian kiri dan kanan ikan pari. Mulakan potongan dari atas hingga ke ekor.
- Beralih pula ke bahagian tengah. Sebahagian orang tidak akan menyiang di kawasan perut ikan tetapi boleh juga jika ingin dimasak.
- Belah di tengah-tengah perut ikan. Seterusnya, buang isi perut ikan yang tidak diperlukan.
- Buang juga bahagian ekor ikan. Lagipun tak ada isi ikan di situ, lebih baik kita buang dari awal.
- Kemudian, boleh dipotong kecil-kecil mengikut saiz yang disukai.
5. Teknik siang ikan patin
Selain ikan patin, anda juga boleh menggunakan cara ini untuk menyiang jenis-jenis ikan sungai dan air tawar yang lain. Jangan lupa buang sengat atau misai ikan-ikan seperti ini sebelum mula menyiang.
Caranya:
- Seekor ikan patin diletakkan di atas papan pemotong dan mulakan pemotongan dari kepala, badan dan ekornya.
- Ambil kepala ikan patin dan tarik keluar insang dan isi perut secara berhati-hati. Lakukan perkara yang sama di tempat perut ikan.
- Bersihkan dengan air bersih semua potongan ikan patin terutamanya di bahagian perutnya.
Bila dah tahu cara-cara di atas, barulah lebih confident bila nak menyiang ikan di rumah rumah keluarga mentua, lebih lagi buat mereka yang baru berkahwin. Mak mentua senyum lebar!
Sumber: KELAB MAMA
Baca juga: Cara ‘Pro’ Goreng Ikan Keli Supaya Tak Meletup & Tak Jadi ‘Bengkok’!