cara buat ikan rebus

Pernah tak tercari-cari cara buat ikan rebus agar hasilnya tak jadi terlalu lembik, hancur atau masih ada bau hanyir? Walaupun dah letak macam-macam bahan, tetap tak puas hati. Lagi teruk, isi ikan melekat pada tulang dan susah nak perisikan, terutama kalau nak buat kuah laksa.

Sebenarnya, ada cara mudah dan petua tradisional yang boleh pastikan ikan rebus jadi lebih sedap, isi pejal dan tidak berbau hanyir! Ikut saja tip yang kami kongsikan di bawah ini.

Baca juga: Resipi Ikan Tenggiri Masak Cuka, Lauk Ringkas Sampai 3 Kali Tambah Nasi!

CARA BUAT IKAN REBUS LEBIH SEDAP DARI BIASA

cara buat ikan rebus

1. Pilih Ikan yang Segar

Ikan yang segar akan memberikan tekstur yang lebih elok dan rasa yang lebih enak. Pastikan mata ikan kelihatan jernih dan tidak keruh, insang berwarna merah terang, serta isi ikan yang anjal dan tidak lembik. Ini menunjukkan ikan masih segar dan berkualiti tinggi.

2. Gunakan Cuka Makan

Semasa merebus ikan, tambah sedikit cuka makan ke dalam air rebusan. Dengan cara ini, ikan rebus anda akan menjadi lebih pejal, tidak hanyir dan rasa ikan juga lebih bersih. Selain itu, cuka juga membantu menjadikan ikan lebih mudah untuk diperisikan nanti.

3. Jangan Rebus Terlalu Lama

Untuk ikan bersaiz sederhana, cukup merebusnya selama 10-15 minit sahaja dengan api sederhana. Rebus terlalu lama akan membuatkan isi ikan terlalu lembut dan mudah hancur.

4. Letak Asam Keping & Nisan Kerek

Tambahkan asam keping dan nisan kerek semasa merebus ikan untuk memberikan rasa yang lebih sedap.

Paling penting, goreng ikan rebus hingga garing di luar tetapi tetap lembut di dalam. Nikmati dengan nasi panas bersama budu. Gabungan ini pasti membuatkan hidangan anda lebih sedap dan memuaskan!

Sumber: Suhasnida Ismail

Baca juga: Resipi Acar Ikan Masin Talang Homemade, Lauk ‘Power’ Penambah Selera!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN