telur ikan mayong

Hidangan telur ikan mayong merupakan salah satu masakan yang digemari ramai. Sayangnya, ia agak jarang dijual di kedai makan atau restoran.

Jika masak sendiri di rumah, telur ikan mayong ini akan berbau hanyir. Salah satu faktor mungkin kerana tidak dibersihkan dengan betul.

Jadi, apa tips untuk menghilangkan bau hanyir ikan ini? Mari ikuti perkongsian oleh Shai Anne Ahemed di bawah.

Baca juga: Cara Hilangkan Hanyir Ikan Patin, Kena Cari & Buang ‘Urat’ Ini Sebelum Dimasak

CARA CUCI TELUR IKAN MAYONG

Cara-caranya:

1. Basuh telur ikan dengan air asam jawa atau sedikit kapur. Rendam seketika untuk hilangkan bau hanyir telur ikan.

telur ikan

2. Cuci bersih dan rebus telur ikan bersama asam keping menggunakan api sederhana.

3. Cuci sekali lagi dan toskan telur ikan tadi. Kemudian, boleh dimasukkan ke dalam masakan.

telur ikan mayong

RESEPI ASAM PEDAS

Bahan-bahan:

  • 4 ketul ikan mayong (susah dibasuh)
  • 1 sudu teh halba
  • Daun kesum
  • Bendi/terung
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Gula
  • Minyak

Bahan kisar:

  • 3 biji bawang merah
  • 1 biji bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 mangkuk cili kering kisar
  • 3 cm belacan
  • 2 cm kunyit hidup
  • 1 sudu besar lada hitam

Cara memasak:

1. Pertama sekali panaskan minyak dan masukkan halba. Tumis sehingga kekuningan, kemudian terus masukkan bahan-bahan kisar yang sudah dikisar. Tumis sehingga bahan kisar garing dan masak.

2. Bila dah garing, masukkan gula (agak-agak jangan terlalu manis sangat). Masukkan juga daun kesum. Gaul rata.

3. Seterusnya, masukkan ikan dan kacau sedikit. Tuangkan juga air asam jawa, kuantiti mengikut rasa masam dan kepekatan kuah yang disukai.

4. Akhir sekali, masukkan bendi atau terung. Jangan lupa perasakan dengan garam.

5. Biarkan mendidih dan boleh tutup api. Selamat mencuba!

telur ikan

Kredit resipi dan gambar: Shai Anne Ahemed

Baca juga: Hanya Guna Asam Keping, Elak Sotong Jadi Kecut & Hanyir Bila Dimasak

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending