soto ayam

Bosan asyik makan nasi? Jom tukar selera dengan membuat soto ayam ini yang lengkap bersama resipi begedil kentang dan sambal kicap. Sedapnya!

Dapat hirup kuah soto panas-panas memang nikmat! Lagi-lagi ketika dalam cuaca hujan, sesuai untuk menghangatkan badan yang kedinginan.

Masak sekali boleh tahan sampai ke malam, tak perlu masak banyak kali dah. Jom cuba buat nanti untuk dimakan seisi keluarga. Selamat mencuba!

1) Resipi kuah soto

Bahan kuah soto ayam (untuk 6 orang makan):

  • Lengkuas 1 inci
  • Halia 1 inci
  • Bawang merah besar 4 biji
  • Bawang putih 1 ulas
  • Buah keras 1 biji

Kisar semua bahan di atas.

  • Ayam potong besar sebab nak carik kan nnti
  • Serai 2 batang (ketuk)
  • Minyak utk menumis
  • Serbuk sup adabi (kalau satu paket kecil tu guna separuh)
  • Serbuk kurma adabi (guna separuh juga)
  • Kiub ayam 1
  • Akar daun sup (potong dan cuci bersih)
  • Air 2 liter/ satu jug

Kalau tak nak guna serbuk sup/kurma, guna saja rempah soto. Bahan lain jangan diubah. Tetap sama. Tu kuah boleh jadi pekat. Jangan bergantung dengan rempah semata2.

Cara memasak kuah soto:

  1. Tumis bahan kisar, serai dan akar daun sup sehingga naik bau dan sedikit garing supaya semua kuah akan masak elok dan wangi.
  2. Masukkan serbuk sup dan kurma atau rempah soto.
  3. Masukkan pula ayam. Agak-agak bila air ayam hampir kering, baru masukkan air.
  4. Seterusnya masukkan kiub ayam, perasakan dengan gula dan garam. Reneh sehingga ayam masak elok. Angkat ayam dan toskan (untuk dicarik nanti)
  5. Siap!

2) Resipi begedil kentang

Bahan-bahan:

  • Ubi kentang 5/6 biji
Buang kulit kemudian potong kecil. Rebus dan lenyekkan. Masukkan hirisan daun sup dan bawang goreng. Bulat-bulatkan kemudian leperkan sedikit.
  • Telur 1 biji
  • Lada sulah
  • Garam secukup rasa

Pecahkan telur, masukkan garam dan lada sulah. Godek laju supaya bila goreng nanti jadi macam bersarang.

Cara goreng begedil:

  1. Panaskan minyak agak-agak tenggelam separuh begedil. Panaskan dengan api yang kecil sehingga betul-betul panas.
  2. Celup begedil dalam bancuhan telur kemudian goreng.
  3. Jangan terbalikkan selagi tidak garing dan kekuningan. Bila dah garing, baru terbalikkan supaya tidak pecah.

3) Resipi cili kicap

Bahan-bahan:

  • Cili (kuantiti mengikut tahap kepedasan yang diingini)
  • Seulas dua bawang putih (mengikut kuantiti cili)
  • Kicap dan sedikit garam
  • Sedikit perahan limau

Cara-cara:

  1. Kisar cili dan bawang putih. Masukkan sedikit kicap dan garam.
  2. Kisar semua bahan. Akhir sekali masukkan sedikit perahan limau.

 

Kredit resipi & gambar: Kaseh Aryssa‎, Uwan Nolly Epin

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN