chef terkenal

Chef terkenal dari New Zealand, Andy Hearnden, baru-baru ini mencuba tiga jenis nasi goreng yang popular dari seluruh dunia. Hasilnya, ‘nasi goreng kampung’ Malaysia dipilih sebagai juara!

Menerusi video yang dimuat naik di laman Facebooknya, Andy Cooks, chef yang terkenal dengan gaya masakan ringkas dan asli, telah membuat perbandingan antara nasi goreng kampung dari Malaysia, Arroz Chaufa dari Peru dan Cơm Chiên dari Vietnam.

Baca juga: “Terkedu Tengok Harga..” – Nasi Lemak Bernilai RM410 Ini Buat Netizen Tergamam!

CHEF TERKENAL PILIH NASI GORENG KAMPUNG SEBAGAI HIDANGAN TERBAIK

chef terkenal

Dalam tempoh 9 minit 55 saat itu, Andy menyediakan setiap hidangan dari awal mengikut resipi asal sebelum mencuba dan memilih juaranya. Nasi goreng kampung Malaysia berjaya menarik perhatiannya dan muncul sebagai pemenang.

Andy sangat menyukai hidangan nasi goreng kampung ini. Beliau memuji kombinasi rasa seimbang, dengan kepedasan yang tepat dan tekstur rangup ikan bilis goreng yang menyelerakan.

Menurutnya, hidangan ini menjadi lebih istimewa apabila dihidangkan bersama telur mata kerbau yang kuningnya masih cair.

“Wow, ini sangat sedap! Kepedasannya mengagumkan, rasa yang sangat kuat, dengan kuning telur yang berkrim, saya tak boleh berhenti makan,” kata Andy dengan penuh semangat.

“Daripada tiga hidangan nasi goreng ini, nasi goreng kampung adalah pemenang bagi saya. Ia pedas dan mempunyai tekstur yang baik dari ikan bilis goreng,” tambahnya.

NETIZEN MALAYSIA TURUT BANGGA!

Andy sebelum ini pernah puji nasi goreng Korea dan Thailand. Tapi kali ini, dia kata nasi goreng kampung Malaysia memang paling best! Ini satu pencapaian yang hebat untuk masakan Malaysia!

Sebaik sahaja video itu dimuat naik, ramai rakyat Malaysia yang menontonnya terus membanjiri ruangan komen dengan rasa bangga. Ramai yang gembira melihat makanan kegemaran ramai diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Sumber: Andy Cooks

Baca juga: Hanya Petik Buah Durian, Lelaki Ini Dedah Raih Pendapatan RM9,227 Sebulan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN