cara pilih ubi kayu

Perkara paling seronok apabila pulang ke kampung adalah dapat menikmati ubi kayu rebus yang empuk dan lazat. Sebenarnya, ada cara pilih ubi kayu yang cepat empuk setelah direbus.

Ubi kayu terkenal sebagai sumber utama karbohidrat dan daunnya sebagai sayuran. Paling menarik, ia dikatakan berasal dari bahagian tropika Amerika Selatan tau.

Kini, taburan ubi kayu sudah hampir di semua kawasan tropika seluruh dunia seperti Malaysia, Indonesia dan Singapura. Jadi, tak hairanlah orang Malaysia cukup sukakannya.

Selain disebut ubi kayu, ia juga mempunyai nama panggilan lain seperti ubi benggala dan ubi belanda serta terkenal sebagai sayuran yang banyak khasiatnya terutama dalam perubatan tradisional.

Oleh kerana ubi kayu adalah sumber karbohidrat makanan beriklim tropika ketiga terbesar di dunia selepas padi dan jagung, jadi ia sering menjadi makanan pilihan setiap kali musim tengkujuh.

Jika sering menghadapi masalah untuk rebus ubi kayu, sebenarnya anda perlu cara pilih ubi kayu terlebih dahulu dan ada beberapa ciri yang perlu diperhatikan sebelum membelinya.

Baca juga: Cara Bakar Ubi Keledek Guna Air Fryer, Sekejap Saja Isi Jadi Empuk Dan ‘Juicy’!

CARA PILIH UBI KAYU SUPAYA EMPUK APABILA DIREBUS

1. Pilih ubi kayu yang mempunyai lapisan kulit dalam berwarna merah jambu berbanding lapisan kulit dalam yang berwarna putih.

cara pilih ubi kayu

Kredit Gambar: MyRokan

2. Jangan sesekali memilih ubi yang mempunyai kesan luka atau berlubang kerana ubi yang berlubang cenderung untuk mudah masuk angin.

cara pilih ubi kayu

Kredit Gambar: Daniel Dan dari pexels

3. Pilih ubi kayu yang masih baru atau lembap akibat daripada kesan tanah.

Kredit Gambar: Daniel Dan dari pexels

Setelah tahu cara pilih ubi kayu ini, anda pasti akan puas hati setelah merebusnya. Bukan saja mudah empuk, malah rasanya pun lebih sedap berbanding pilih secara biasa.

Buat pengetahuan anda, pelbagai resipi yang boleh dibuat dengan menggunakan ubi kayu seperti boko ubi kayu, bingka ubi kayu, keria ubi kayu dan banyak lagi.

Manalah tahu ayah dan ibu yang berada di kampung teringin makan ubi kayu dan meminta anda untuk membelinya di kedai, bolehlah gunakan tips ini nanti.

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: Universiti Putra Malaysia, YouTube Wani

Sumber: Cruchy Crispy

Baca juga: Tips Pilih Tomato Segar Dan Tahan Lama, Elak Terbeli Yang Rasa Masam!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN