nasi hujan panas

Sesekali masak nasi hujan panas untuk berbuka puasa apa salahnya kan? Kadang-kadang bosan juga asyik makan nasi putih saja.

Nasi hujan panas sesuai digandingkan dengan aneka lauk pauk seperti ayam masak merah dan acar nanas. Fuhh sedap sungguh!

Kalau ada yang nak cuba masak nanti, jom kita lihat resipi lengkap di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Tips Masak Beras Basmathi Yang Lembut & Peroi, Nisbah Sukatan Air Sangat Penting!

RESEPI NASI HUJAN PANAS & LAUKNYA

Resipi Nasi Hujan Panas

Bahan-bahan:

  • 1kg beras basmathi
  • 1 tin susu cair
  • 1.25 liter air
  • 1 sudu besar chicken stock
  • Pewarna merah, kuning dan hijau

Bahan tumis:

  • Daun pandan
  • 1cm halia | dihiris
  • 1 ulas bawang putih | dihiris
  • 2 biji bawang merah | dihiris
  • 2 sudu makan marjerin
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • Sedikit kismis

Cara memasak:

1. Cuci bersih beras dan rendamkan selama 1/2 jam. Kemudian toskan.

2. Cairkan marjerin dan tumis kesemua bahan tumis sehingga wangi.

3. Kemudian masukkan susu cair, air dan chicken stock. Kemudian masukkan beras. Gaul rata.

4. Biarkan nasi dimasak sehingga kering seperti biasa.

5. Apabila nasi dah hampir masak, letakkan kismis, pewarna merah, kuning dan hijau di atas nasi kemudian tutup tudung periuk lebih kurang 5 minit.

nasi hujan panas

6. Matikan api dan baru kaub balikkan nasi atau boleh tukar masukkan dalam satu besen besar dan gaul dalam tu supaya nasi tak patah. Dalam proses menukar tu, nasi akan jadi rata dengan sendirinya bersama warna itu.

nasi hujan panas

Resepi Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:

  • 4 biji bawang holland*
  • 5 ulas bawang putih&
  • 1 inci halia*
  • 4 sudu besar cili boh
  • 5 sudu besar sos cili
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 1 batang serai – diketuk
  • Gula melaka (nisan)
  • 2 keping asam keping
  • Minyak masak untuk menumis
  • 3-4 cawan air
  • 2 sudu besar kicap manis
  • Kulit kayu manis
  • Bunga cengkih
  • 2 helai simpul daun pandan
  • Garam, gula dan perasa

Cara memasak:

1. Potong ayam dan lumur bersama garam, kunyit, perasa & cuka sedikit. Goreng separuh masak. Ketepikan.

2. Kisar bahan bertanda (*).

3. Bila dah siap kisar, tuangkan ke dalam mangkuk bersama cili boh dan kacau rata.

4. Panaskan minyak sehingga panas, kemudian masukkan bahan dalam mangkuk tadi ke dalam kuali. Masukkan gula melaka, serai, daun pandan, kulit kayu manis, bunga cengkih, garam, gula dan perasa.

5. Tumis sehingga hampir kering, masukkan air dan tunggu sehingga sedikit mendidih. Terus masukkan ayam, asam keping dan kicap.

6. Guna api sederhana, tutup menggunakan tudung periuk. Bila dah hampir kering, rasa dan tambah apa yang perlu.

Resepi Acar Nanas

Bahan-bahan:

  • 600 ml sos tomato
  • 5 sb cili boh
  • 8 sb gula pasir
  • Garam secukupnya
  • 4 biji nenas kecil – potong kecil
  • 2 biji bwg merah – hiris
  • 1-2 biji cili besar – hiris

Cara memasak:

1. Masukkan sos tomato, cili boh, gula dan garam ke dalam periuk dan panaskan sehingga sebati dan mendidih sedikit.

2. Padam api dan biar sejuk.

3. Bila dah sejuk, campur nenas dan bawang hiris tadi. Biar seketika. Siap untuk dimakan.

Kredit: Che Nor Shyazlinda

Baca juga: Resipi Nasi Ayam Thai ‘Viral’ Yang Ringkas, Sedap & Senang Untuk Disediakan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN