Categories: Resipi

Cara Masak Telur Kukus Lembut Dalam Mangkuk, Penat Balik Kerja Pun Boleh Makan Sedap!

Cara masak telur kukus ini boleh dijadi pilihan hidangan yang sesuai apabila badan terasa letih selepas seharian bekerja, lebih-lebih lagi ketika cuaca berjerebu. Teksturnya yang lembut dan rasanya yang ringan menjadikan hidangan ini menyenangkan untuk dinikmati ketika tekak kurang selesa.

Ada kalanya, selepas pulang kerja, badan terasa lesu dan selera makan juga berkurangan. Telur kukus yang lembut dan hangat boleh memberikan keselesaan ketika berehat di rumah, terutama apabila anda mahukan hidangan yang tidak terlalu berat.

Selain itu, resipi ini tidak memerlukan banyak masa atau tenaga untuk disediakan. Dengan cara penyediaan yang ringkas, anda boleh menikmati semangkuk telur kukus yang hangat pada penghujung hari tanpa perlu bersusah payah di dapur.

Baca juga: Kari Telur Berempah Dengan Kuah Pekat Menyelerakan, Letak Dua Sayur Ini Pula Lagi ‘Syahdu’!

CARA MASAK TELUR KUKUS

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur gred A
  • 400 ml air suam
  • ½ sudu kecil perasa cendawan
  • Hirisan daun bawang
  • Chili oil
  • Kicap soya cair
  • Minyak bijan

Cara Penyediaan:

  1. Satukan telur, air suam dan serbuk perasa cendawan ke dalam mangkuk. Pukul perlahan sehingga semua bahan sebati akan tetapi jangan pukul terlalu lama.
  2. Tapis adunan telur sebelum dituang ke dalam mangkuk tahan panas untuk menghasilkan tekstur telur kukus yang lebih halus dan licin.
  3. Tutup mangkuk dengan plastik pembalut (cling wrap) supaya air daripada penutup pengukus tidak menitis ke dalam adunan.
  4. Kukus selama kira-kira 15 minit atau sehingga telur masak sepenuhnya. Pastikan telur tidak dikukus terlalu lama agar teksturnya kekal lembut.
  5. Setelah masak, taburkan hirisan daun bawang dan tambahkan minyak cili (chili oil), kicap soya cair, serta minyak bijan mengikut cita rasa. Hidangkan ketika masih hangat untuk rasa yang lebih menyelerakan.

Sumber: Threads @kak_t68

Baca juga: Rahsia Nak Buat Telur Rambu Nipis & Halus, Ini Cara Bancuh Adunan Supaya Menjadi!

Izzati

Recent Posts

Sekali Buat Terus Dapat Apam Susu Gebu, Resipi Mudah Ini Sesuai Untuk Jamuan Anak!

Sedang mencari idea kuih yang mudah disediakan untuk jamuan akhir tahun anak-anak di sekolah? Apa…

46 minutes ago

Resipi Makaroni Buttermilk Pedas Berkrim Versi ‘Confirm’ Tak Muak, Wangi Bau Daun Kari!

Resepi buttermilk pasta ini sesuai untuk penggemar hidangan pasta yang gemarkan tekstur berkrim tetapi pedas…

3 days ago

Jangan Terus Masukkan Jagung Dalam Air, Ini Cara Rebus Supaya Isinya Tak Kecut & Kekal Gebu!

Jagung rebus memang antara makanan yang sedap dinikmati begitu sahaja, lebih-lebih lagi apabila isinya masih…

3 days ago

Nama Harumanis Perlis Jadi ‘Modal’, Rupanya Mangga Indonesia Yang Dijual! Jangan Tersalah Beli…

Nama Harumanis Perlis memang cukup terkenal dengan aroma harum, rasa manis dan keenakan isinya. Namun,…

3 days ago

Resipi Donat Lembut Tanpa Telur, Rahsia Doh Gebu Walaupun Tak Perlu Uli Lama!

Nak buat donat sendiri di rumah tetapi tidak mahu bersusah payah menguli doh terlalu lama?…

3 days ago

Resipi Loaded Potato Homemade, Siap Dengan Ayam Popcorn Dan Sos Cheese Meleleh!

Kalau anak-anak minta bawa sesuatu yang istimewa untuk jamuan sekolah, bolehlah cuba resepi loaded potato…

3 days ago