Categories: Resipi

Roti Nan Cheese Homemade Guna 6 Bahan, Luar Sedikit Garing Dan Dalam Lembut Berkeju!

Resepi roti nan cheese ini sesuai dijadikan pilihan sarapan pagi yang enak dan mengenyangkan. Tekstur rotinya yang lembut, ditambah pula dengan aroma bawang putih dan keju mozzarella yang cair, menjadikan hidangan ini lebih menyelerakan.

Menariknya, resipi roti nan cheese ini hanya memerlukan enam bahan yang mudah didapati. Anda boleh menyediakannya sendiri di rumah tanpa perlu membeli roti nan di kedai, sekali gus menjimatkan masa dan perbelanjaan.

Resipi ini juga tidak memerlukan yis, jadi anda tidak perlu menunggu doh mengembang terlalu lama. Proses penyediaannya lebih praktikal dan sesuai untuk sesiapa yang mahukan sarapan buatan sendiri tanpa perlu menghabiskan banyak masa di dapur.

Baca juga: Tak Cukup Sebiji! Buat Roti Blueberry Ala Bakeri Ini… Inti Cream Cheese & Ada Crumble Rangup

RESEPI ROTI NAN CHEESE

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan Greek yogurt
  • 1½ sudu kecil serbuk penaik
  • Bawang putih cincang atau serbuk bawang putih
  • ½ sudu kecil garam
  • Keju mozzarella secukupnya untuk inti

Cara penyediaan: 

  1. Campurkan tepung gandum, Greek yogurt, serbuk penaik, bawang putih dan garam.
  2. Uli semua bahan sehingga menjadi doh yang sebati.
  3. Rehatkan doh selama 15 minit.
  4. Bahagikan doh kepada empat bahagian dan bentukkan setiap bahagian menjadi bebola.
  5. Leperkan doh, kemudian letakkan keju mozzarella di tengahnya.
  6. Balut keju dengan doh dan bentukkan semula menjadi bebola.
  7. Leperkan doh perlahan-lahan supaya inti keju tidak terkeluar.
  8. Panaskan kuali dan masak naan menggunakan api sederhana sehingga kedua-dua bahagian masak dan berwarna keemasan.

Sumber: Threads @eat.healthy.journey

Baca juga: Tak Perlu Kulit Lasagna, Guna Roti Je! Resipi Lasagna Roti Ini Mudah, Sedap & Siap Dalam 15 Minit

Izzati

Recent Posts

Cara Buat Mini Cheese Tart Tanpa Telur, Sekali Adun Boleh Dapat Hingga 40 Biji!

Mini cheese tart sesuai dijadikan hidangan untuk pelbagai majlis seperti jamuan sekolah, sambutan hari jadi…

54 minutes ago

Cara Hilangkan Lendir Ikan Keli, Rupanya Cuma Guna 3 Bahan Yang Memang Ada Di Dapur!

Ikan keli memang sedap dimasak sambal, berlada atau digoreng garing. Namun, sebelum boleh menikmati hidangan…

2 hours ago

Jangan Guna Gula Biasa Sahaja, Ini Petua Buat Agar-Agar Lebih Cantik Dan Tidak Berair!

Kalau suka makan agar-agar yang lembut, cantik dan mempunyai lapisan warna berbeza, boleh cuba resepi…

2 hours ago

Resipi Nasi Briyani Ayam Lengkap ‘Acar’ Istimewa, Sekali Buka Tudung Periuk…Harum Satu Dapur!

Resepi nasi briyani ayam mungkin nampak agak rumit untuk disediakan kerana mempunyai beberapa lapisan dan…

8 hours ago

Cara Buat Kentang Wedges Guna Air Fryer, Lengkap Dengan Sos Yogurt Homemade!

Cara buat kentang wedges menggunakan air fryer sesuai dicuba bagi mereka yang ingin menyediakan snek…

8 hours ago

Jangan Terus Goreng Ikan! Cuba Rebus Dengan 5 Bahan Ini Dulu, Memang Beza Rasanya

Pernah cuba rebus ikan terlebih dahulu sebelum menggorengnya? Rupanya, ada cara tersendiri untuk menyediakan ikan…

8 hours ago