Telur rambu memang nampak mudah dibuat, tetapi nak mendapatkan helaian yang nipis, halus dan sekata perlukan teknik yang betul. Adunan yang terlalu pekat boleh menyebabkan telur menjadi tebal dan susah diratakan.

Perkongsian Eyla Zahari di Facebook pula menarik perhatian kerana cara bancuhannya cukup ringkas. Katanya, walaupun mengambil masa untuk menyiapkan telur rambu, hasilnya lebih memuaskan apabila adunan berjaya dibuat nipis.

Baca juga: Cara Kukus Pulut Kuning Supaya Lembut, Cantik & Tak Lembik, Ini Sukatan Santan Yang Betul!

TELUR RAMBU NIPIS BERGANTUNG PADA KEPEKATAN ADUNAN

telur rambu

Rahsia utama untuk mendapatkan telur rambu yang nipis terletak pada adunan. Menurut perkongsian Eyla, adunan perlu mempunyai kepekatan yang cair, kira-kira seperti kuah sup.

Selepas semua bahan dibancuh, adunan perlu ditapis terlebih dahulu supaya teksturnya lebih halus dan tidak berketul ketika dimasak.

Bahan-bahan:

Cara Penyediaan:

1. Pecahkan telur ke dalam bekas yang sesuai.

2. Masukkan air, tepung beras, sedikit garam dan minyak masak.

3. Bancuh semua bahan sehingga sebati.

4. Pastikan adunan cair, seperti kepekatan kuah sup.

5. Tapis adunan supaya lebih halus dan licin.

6. Panaskan kuali dengan api yang sesuai.

7. Tuangkan sedikit adunan ke dalam kuali.

8. Ratakan adunan dengan cepat seperti membuat kulit crepe supaya menghasilkan lapisan yang nipis.

9. Masak sehingga masak dan boleh diangkat.

10. Ulang proses sehingga semua adunan habis.

Untuk mendapatkan hasil yang cantik, bahagian menuang dan meratakan adunan memang memerlukan sedikit latihan. Jangan risau jika percubaan pertama belum sempurna kerana teknik ini akan menjadi lebih mudah selepas beberapa kali dibuat.

Seperti yang dikongsikan Eyla, kena selalu praktik. Bila sudah biasa dengan kepekatan adunan dan cara menuangnya, lebih senang untuk menghasilkan telur rambu yang nipis, halus dan sekata.

Selamat mencuba!

Sumber: Eyla Zahari

Baca juga: Telur Dadar Rangup Di Luar, Gebu Di Dalam Macam Kedai Siam! Rupanya Tambah 1 Bahan Rahsia

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending