Categories: Resipi

Pucuk Ubi Masak Lemak Letak ‘Black Fungus’, Gabungan Unik Yang Rupanya Sedap Tak Terkata!

Masak lemak pucuk ubi sesuai dijadikan pilihan untuk menu makan tengah hari atau makan malam. Kuah santan yang berlemak dengan rasa pedas daripada cili padi menjadikan hidangan ini lebih menyelerakan.

Keistimewaan resipi ini terletak pada gabungan cendawan hitam dan keledek yang memberikan tekstur berbeza dalam setiap suapan. Keledek membekalkan karbohidrat sebagai sumber tenaga, manakala kulat hitam mengandungi serat serta beberapa mineral yang bermanfaat untuk tubuh.

Selain rasanya yang menyelerakan, hidangan ini turut menjadi pilihan untuk menambah variasi sayur-sayuran dalam menu harian. Gabungan bahan yang digunakan menghasilkan hidangan berkuah yang sesuai dinikmati bersama keluarga.

Baca juga: Resipi Masak Lemak Ketam Belimbing Buluh, Sekali Hirup Kuah Terus Terbayang Kampung

RESIPI MASAK LEMAK PUCUK UBI

Bahan-bahan:

  • Cendawan hitam, direndam selama 30 minit sebelum dimasak
  • 1 ikat daun pucuk ubi
  • 2 biji keledek
  • 1 batang serai
  • 200 ml santan
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa secukup rasa
  • Asam keping

Bahan untuk dikisar:

  • Cili padi
  • Kunyit hidup
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Ikan bilis (pilihan)
  • Kiub ayam

Cara penyediaan: 

  1. Rendam black fungus selama 30 minit, kemudian bersihkan dan potong mengikut saiz yang sesuai.
  2. Kupas keledek dan potong kecil. Bersihkan pucuk ubi dan toskan.
  3. Kisar cili padi, kunyit hidup, bawang merah, bawang putih, ikan bilis (jika digunakan) dan kiub ayam hingga halus.
  4. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama keledek,serai dan air secukupnya. Masak hingga keledek mula empuk.
  5. Masukkan pucuk ubi dan black fungus. Kacau rata dan biarkan sehingga sayur masak.
  6. Tuangkan santan dan kacau perlahan supaya tidak pecah minyak.
  7. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya. Masak seketika hingga semua bahan sebati, kemudian tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Threads @bbsharina

Baca juga: Masak Lemak Ayam Sedap Versi Tumis, Cara Ini Buat Kuah Lebih Wangi Dan Menyelerakan

Izzati

Recent Posts

OhBulan! Paling Viral Online 2.0 Buka Undian Top 15, Ini Senarai Calon Bagi 9 Kategori

OhBulan Paling Viral Online 2.0 (OBPVO 2.0) kini membuka fasa undian Top 15 bermula 2…

2 hours ago

Mi Sup Campur Bebola, Resipi Ringkas Tapi Aroma Tumisannya Buat Tak Sabar Nak Makan!

Hujan-hujan begini memang terasa nikmat kalau dapat makan semangkuk mi sup panas-panas. Tambah pula bebola…

2 hours ago

Chicken Mushroom Soup Homemade, Sekali Buat Terus Tak Pandang Sup Dalam Tin!

Chicken mushroom soup tak semestinya perlu dibeli dalam tin kerana anda boleh menyediakannya sendiri di…

3 hours ago

Resipi Kuih Lapis Labu Mudah, Tak Guna Tepung Gandum Tapi Tetap Lembut Kenyal!

Kuih lapis labu kuning antara kuih tradisional yang menarik untuk dicuba, lebih-lebih lagi buat penggemar…

5 hours ago

Kek Mentega Simple Guna Sukatan Cawan, Lembut Gebu & Harum Semerbak Satu Rumah!

Bau kek mentega yang sedang dibakar memang cukup menggoda! Harum semerbak mentega memenuhi ruang rumah,…

5 hours ago

Resipi Kepah Masak Cili Ala Thai, Tambah Cili Padi Kalau Nak Lebih Pedas Yang Memikat Selera!

Resepi kepah masak cili ala Thai ini sesuai untuk penggemar makanan laut yang sukakan hidangan…

6 hours ago