Kalau sedang cari resipi masak kicap ayam yang mudah tetapi kuahnya tetap sedap, boleh cuba versi berkuah ini. Bahan-bahannya pun ringkas dan kebanyakannya memang ada di dapur. Cuma ada satu bahan yang mungkin nampak biasa, tetapi boleh buat rasa kuah jadi lebih ngam iaitu air asam jawa.
Selama ini mungkin ramai biasa masak ayam kicap versi kering atau kuah yang sedikit sahaja. Kali ini cuba pula buat versi yang lebih berkuah. Ayam digoreng sekejap sebelum dimasukkan ke dalam kuah kicap yang dimasak bersama bawang, halia dan sos tiram.
Menurut perkongsian resipi ini, air asam jawa menjadi antara petua untuk menghasilkan kuah ayam kicap yang lebih sedap. Rasa masamnya membantu mengimbangkan rasa manis dan masin daripada kicap serta sos tiram. Bila kuah sudah pekat dan meresap pada ayam, memang sesuai sangat dimakan dengan nasi putih panas.
Baca juga: Resipi Ayam Buttermilk Anti-Gagal, Baru Belajar Masak Pun Confirm Menjadi
RESIPI MASAK KICAP AYAM
Bahan-bahan:
- Ayam
- Bawang putih
- Halia
- Bawang besar
- Kicap (secukupnya)
- Sos tiram (secukupnya)
- Air asam jawa (secukupnya)
- Garam (secukupnya)
- Gula (secukupnya)
- Air (secukupnya)
- Cili padi (secukupnya)
Cara-cara penyediaan:
- Bersihkan ayam dan potong mengikut saiz yang disukai. Goreng ayam sekejap hingga permukaannya sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih, halia dan bawang besar sehingga naik bau dan bawang layu.
- Masukkan kicap dan sos tiram. Kacau rata supaya semua bahan sebati.
- Tuangkan air asam jawa dan kacau sebentar. Air asam jawa inilah yang memberikan sedikit rasa masam untuk mengimbangkan rasa kuah.
- Masukkan ayam yang telah digoreng tadi, kemudian tambah air secukupnya mengikut jumlah kuah yang diinginkan.
- Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Kacau rata dan biarkan ayam mereneh sehingga kuah menjadi pekat serta meresap ke dalam ayam.
- Akhir sekali, masukkan cili padi. Kacau seketika dan tutup api.
- Siap! Hidangkan ayam kicap berkuah bersama nasi putih panas.
Sumber: Shafieyda Rosly
Baca juga: Resipi Ayam Masak Merah Santan, Tengok Kuahnya Yang Pekat Cantik Pun Dah Buat Terliur
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

