Cara masak sup kaki ayam ini cukup mudah kerana tidak perlu menumis. Hanya perlukan beberapa langkah ringkas, iaitu merebus kaki ayam bersama sup bunjut, bawang putih, halia dan beberapa bahan yang lain. Mudah kan?
Walaupun tanpa tumisan, rasa sup kaki ayam ini tetap sedap. Kuahnya yang jernih dan rasanya yang ringan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca sejuk atau ketika badan kurang sihat.
Ditambah pula dengan tekstur kaki ayam yang kenyal dan lembut, pasti membuatkan anda ingin menambah lagi dan lagi. Jadi, tunggu apa lagi? Jom cuba resipi sup kaki ayam tanpa tumis ini. Dijamin, sekali cuba pasti nak lagi!
Baca juga: Resipi Nasi Goreng Tomyam Semudah ABC, Masak Sendiri Lagi Sedap Dari Kedai!
CARA MASAK SUP KAKI AYAM TANPA TUMIS
Bahan-bahan:
Cara memasak:
- Pastikan kaki ayam dibersihkan dengan teliti. Potong kuku dan cuci bersih.
- Masukkan kaki ayam yang telah dibersihkan ke dalam periuk. Tuang air secukupnya.
- Masukkan bawang putih, sup bunjut, garam secukup rasa, halia dan daun bawang.
- Didihkan dan kemudian renehkan sup sehingga kaki ayam empuk. Jangan terlalu lama sampai hancur tulangnya.
- Tutup api dan hidangkan sup kaki ayam panas-panas.
- Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Khairul Ezuwan
Baca juga: Resipi Asam Pedas Ikan Jenahak, Letak ‘Bahan Ini’ Untuk Kuah Lagi Lemak & Pekat!