pertandingan memasak

Baru-baru ini Persatuan Kulinari Malaysia Bersatu (MBCA) telah mencatat rekod dalam Guiness World Records iaitu Malaysia Culinary World Cup 2023 apabila berjaya mengadakan pertandingan memasak secara serentak terbesar di dunia.

Pertandingan terbesar itu melibatkan 731 peserta tempatan dan antarabangsa termasuk dari Maghribi, Arab Saudi dan Mesir yang berlangsung selama tiga hari iaitu dari 21 Februari hingga 23 Februari di World Trade Centre Kuala Lumpur.

Rekod dunia itu dipecahkan secara rasmi apabila John Garland, pengadil rasmi Guinness World Record menyampaikan sijil kepada Chef Arthur Lim, Pengerusi Penganjur dan Presiden MBCA.

Baca juga: Dapur Tempur, Program Lawan Masak Terbaru Di TV9!

Majlis tersebut juga disaksikan oleh Sulaiman Suip, Timbalan Kanan Pengarah Bahagian Pembangunan Pakej Pelancongan Malaysia.

pertandingan memasak

Sumber: Facebook

Pengumuman rekod dunia itu juga mengakhiri pertandingan tiga hari yang disambut baik lebih daripada 3,500 pengunjung.

Salah satu acara kemuncak pertandingan tersebut adalah cabaran ‘kotak misteri’, Kotak Hitam Makanan Warisan Malaysia di mana ia merupakan cabaran kategori terbuka yang layak untuk disertai oleh chef profesional dan bercita-cita tinggi dari hotel, akademi masakan, dan kolej. Kategori ini memerlukan setiap peserta mencipta dan mempersembahkan menu gourmet yang unik.

Sembilan kategori utama pertandingan dan 62 subkategori yang dinilai berdasarkan pelbagai aspek seperti inovasi, rasa, kebersihan, Mise-En-Place (kesediaan sebelum memasak dari segi bahan dan peralatan) dan teknik.

Semasa majlis pengumuman rekod dunia itu, MBCA turut mendedahkan bahawa pertandingan itu akan menjadi acara setiap tahun untuk menyerlahkan adegan masakan global sambil mencipta kelestarian prospek ekonomi bagi syarikat industri makanan tempatan dan antarabangsa.


Wow! Tahniah diucapkan! Bukan senang nak masuk rekod dunia. Terbaik!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN