harga kuih

Susulan kenaikan harga santan, peniaga kuih dijangka akan menaikkan harga kuih sehingga 25% selepas Aidilfitri ini.

Tinjauan di Pasar Kubang Pasu, di sini, mendapati peniaga kuih-muih masih mengekalkan harga RM2 bagi tiga hingga lima biji kuih.

Baca juga: Iklan Kerja Kosong Kurang Sambutan, Restoran Mamak Sedia Terima Pekerja Etnik Rohingya Jika Kerajaan Benarkan

HARGA KUIH BAKAL NAIK SELEPAS AIDILFITRI TAHUN INI

harga kuih

Kredit Gambar: WilayahKu

Peniaga, Tarmizi Husin, 43, berkata, harga RM2 bagi tiga hingga lima kuih dijual sejak lebih empat tahun lalu dan kemungkinan peniaga di pasar berkenaan akan menaikkan harga kepada RM2.50 selepas Aidilfitri ini.

Oleh kerana pelbagai kos bahan mentah naik termasuk santan, maka mereka sepakat untuk menaikkan harga sehingga 20%.

“Harga santan naik sejak Disember lalu daripada RM10 kepada RM16 sekilogram, tapi peniaga kuih masih kekalkan harga jualan.

Kami tak sampai hati nak naikkan harga, tapi tiada pilihan sebab tak dapat untung jika kekal dengan harga lama.

Jual kuih ini ikut nasib, ada hari jualan habis dan kadang-kadang tak habis. Jika tak habis, kami hanya dapat penat saja.”

-Tarmizi Husin, peniaga kuih-

HARGA SANTAN MUNGKIN NAIK SEHINGGA RM20 RAMADAN INI

harga kuih

Kredit Gambar: Shopee

Peniaga santan, Muhammad Nor Akmal Jaafar, 29, berkata, kemungkinan harga santan akan naik sehingga RM20 Ramadan ini kerana sukar untuk dapatkan bekalan kelapa segar.

Katanya, bekalan kelapa dibeli pembekal dari Indonesia, jadi mereka mendapatnya dengan harga RM3.30 hingga RM3.40 sebiji.

“Kelapa yang dibeli ini ada yang busuk kerana mungkin nak sampai sini mengambil masa yang lama. Jadi, kos untuk buat santan meningkat.

Setakat ini, saya jual santan dengan harga RM13 sekilogram sebab tak sampai hati nak jual mahal. Tapi jika harga kelapa terus naik, mungkin penjual akan naikkan harga santan kepada RM20 sekilogram pada Ramadan ini.”

-Muhammad Nor Akmal Jaafar, peniaga santan-

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: Berita Harian, WilayahKu

Sumber: Harian Metro

Baca juga: Tampil Hidangan Dalam Kawah, Menu Bufet Ramadan 2025 Di Hotel Grand Millennium KL Buat Ramai Rasa Teruja!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN