Nak tahu cara kukus pulut kuning supaya hasilnya lembut, cantik dan tidak lembik? Rupanya, sukatan beras pulut dengan santan menjadi antara perkara paling penting yang perlu diberi perhatian.
Menurut perkongsian Salbiah Ahamad di Facebook, pulut yang lembik biasanya berlaku apabila terlebih santan dan air. Jika masih mentah pula, pulut boleh dikukus semula sehingga masak.
Baca juga: Cara Masak Beras Basmati, Ini 10 Tip Supaya Nasi Panjang, Gebu & Tak Mudah Patah
Untuk menghasilkan pulut kuning yang elok, Salbiah menggunakan sukatan 500 gram beras pulut dengan 250 gram santan. Santan pula digunakan dengan tahap kecairan lebih kurang seperti susu.
Teknik memasaknya juga sedikit berbeza kerana pulut dikukus terlebih dahulu sebelum digaul dengan santan. Selepas itu, pulut dikukus sekali lagi sehingga masak.
Bahan-Bahan:
Cara-Cara Penyediaan:
1. Rendam beras pulut
Rendam beras pulut bersama kunyit atau pewarna kuning sehingga mendapat warna yang diinginkan.
2. Kukus pulut
Masukkan beras pulut ke dalam pengukus dan kukus selama kira-kira 15 hingga 20 minit.
3. Sediakan santan
Sementara menunggu pulut dikukus, masak santan di atas api. Masukkan garam dan sedikit gula jika mahu rasa yang sedikit manis.
4. Gaulkan pulut dengan santan
Apabila pulut selesai dikukus, keluarkan dan gaulkan dengan santan yang telah dimasak. Teknik ini dikenali sebagai arong.
5. Gaul sehingga sebati
Gaulkan pulut dengan santan sehingga sebati dan pastikan santan terkena pada keseluruhan pulut.
6. Kukus semula
Masukkan kembali pulut ke dalam pengukus dan kukus sekejap lagi sehingga masak sempurna.
Pulut kuning yang siap dikukus akan menjadi lembut, cantik dan lebih berkilat.
Dengan sukatan yang betul, proses membuat pulut kuning sebenarnya tidaklah susah. Paling penting, jangan terlebih santan dan pastikan pulut melalui proses kukus serta arong dengan sempurna.
Selamat mencuba!
Sumber: Salbiah Ahamad
Baca juga: Nak Rebus Kaki Ayam Cepat Lembut? Cuba Tip 20 Minit Ini, Tak Perlu Tunggu Lama!
Tepung muruku memainkan peranan penting dalam menentukan tekstur dan rasa snek tradisional India ini. Walaupun…
Telur ayam antara bahan yang hampir selalu ada di dapur kerana mudah dimasak dan boleh…
Resipi chicken chop ini sesuai dijadikan pilihan untuk makan tengah hari atau makan malam. Ayam…
Baru beli pisang atau buah-buahan, tetapi tak lama kemudian dapur mula dipenuhi lalat kecil? Memang…
Kalau teringin makan hidangan berkuah yang panas dan menyelerakan, resipi kuey teow theng ini memang…
Puding caramel resepi ini sesuai untuk sesiapa yang nak menyediakan pencuci mulut di rumah dengan…