Categories: Resipi

Aroma Petai Dah Buat Kecur Air Liur! Resipi Sambal Udang Ini Memang Susah Nak Tolak

Resipi sambal udang petai memang antara lauk yang cukup menggoda selera, terutama apabila dinikmati bersama nasi panas. Rasa sambalnya yang pedas, manis, dan sedikit masam memberikan gabungan rasa yang seimbang dalam setiap suapan.

Udang yang lembut dan manis semula jadi bertemu pula dengan petai yang mempunyai aroma serta rasa tersendiri. Kedua-duanya memang serasi apabila digabungkan dalam sambal yang kaya dengan rasa.

Untuk peminat lauk yang penuh rasa, hidangan ini memang boleh menjadi pilihan untuk melengkapkan hidangan tengah hari. Tambah pula dengan nasi panas, memang boleh membuat selera terus bertambah!

Baca juga: Resipi Bancuhan Celup Tepung Berserdak ‘Meriah’, Sesuai Untuk Sotong, Udang & Ikan!

RESIPI SAMBAL UDANG PETAI

Bahan-bahan:

  • 500g udang
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • ½ sudu kecil garam
  • 10 tangkai cili kering, direndam dan dikisar
  • 5 biji bawang merah, dikisar
  • 3 ulas bawang putih, dikisar
  • 1 inci halia, dikisar
  • 1 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • 1 cawan petai
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara-cara penyediaan:

  1. Perap udang dengan kunyit dan sedikit garam, kemudian goreng sehingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
  2. Kurangkan kuantiti minyak dalam kuali, tinggalkan sedikit sahaja untuk menumis.
  3. Masukkan bahan kisar yang terdiri daripada cili kering, bawang merah, bawang putih, dan halia. Tumis sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan satu sudu besar gula dan air asam jawa. Kacau sehingga sebati.
  5. Setelah sambal pecah minyak, masukkan udang dan gaul rata.
  6. Masukkan petai dan gaul sehingga semuanya sebati.
  7. Masukkan garam dan secukup rasa.
  8. Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas.

Sumber: Tiktok Noriati

Baca juga: Rahsia Buat Cucur Udang Yang Bulat Cantik, Jangan Terus Cedok Masuk Kuali

Izzati

Recent Posts

Ayam Masak Santan Dengan Sentuhan Limau, Kuah Lemak Berkrim Pula Buat Makin Sedap!

Bosan dengan menu ayam yang dimasak dengan cara sama? Apa kata cuba pula resipi ayam…

2 minutes ago

Resipi Mi Bandung Simple Tapi Pekat, Kuahnya Memang Sedap Sampai Hirup Licin!

Terasa nak makan mi Bandung yang sedap tetapi malas nak keluar rumah? Apa kata cuba…

39 minutes ago

Rahsia Kuetiau Goreng Lebih Sedap, Rupanya Tumis Tomato Sampai Layu Jadi Kunci Rasa Umami!

Kuetiau goreng merupakan antara hidangan yang sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan pagi. Walaupun menggunakan bahan…

2 hours ago

Resepi Kuih Lapis Sukatan Cawan, Lembut Berkilat Dan Cantik Berlapis Kejadiannya

Kuih lapis antara kuih tradisional yang ramai gemari kerana teksturnya yang lembut, kenyal dan berlemak…

2 hours ago

Resipi Cinnamon Roll Dengan Cheese Frosting, Bau Harum Kayu Manis Semerbak Satu Rumah!

Cinnamon roll merupakan sejenis roti manis yang terkenal dengan aroma kayu manis serta gulungan doh…

3 hours ago

Resepi Sayur Bayam Ala Banchan Korea Tanpa Perlu Ditumis, Wangi Semerbak Minyak Bijan!

Resepi sayur bayam ala banchan Korea ini merupakan hidangan sampingan yang sering melengkapkan sajian di…

22 hours ago