cara kukus makanan

Ramai gunakan pengukus untuk mengukus makanan di rumah. Tapi walaupun tiada pengukus, anda masih boleh menggunakan cara kukus makanan tanpa pengukus yang lebih mudah.

Pelbagai jenis makanan yang boleh dimasak secara kukus seperti dim sum, pau dan kuih. Selain itu, ada juga yang mengukus ikan, ayam dan sayur supaya lebih bersih serta sihat.

Cara mengukus merupakan proses memasak yang disukai ramai kerana dapat mengekalkan nutrisi makanan. Jika suka hidangan sihat serta kurang berminyak, makanan kukus semestinya jadi pilihan.

Namun, terdapat satu masalah yang sering dihadapi ketika mengukus makanan. Setiap kali nak kukus makanan, mesti kena keluarkan pengukus yang biasanya bersaiz agak besar.

Perkara ini rasa tak berbaloi jika nak kukus makanan dalam kuantiti yang sedikit. Silap-silap, boleh membazir air dibuatnya.

Oleh itu, kami nak kongsikan cara kukus makanan tanpa pengukus yang lebih mudah dan anda boleh gunakan barang apa yang ada di rumah saja. Jom kita tengok caranya!

Baca juga: Tips Cairkan Santan Beku Dari Peti Ais, Teknik Ini Dijamin Santan Jadi Cair Elok!

CARA KUKUS MAKANAN TANPA PENGUKUS

1. Mula-mula, ambil periuk dan penapis besi, tapi jika penapis lebih besar dari periuk pun boleh guna juga.

cara kukus makanan

2. Seterusnya, letakkan bahan yang nak dikukus, tapi jangan terlalu banyak sebab takut nanti tak boleh tutup pula.

cara kukus makanan

3. Setelah itu, guna apa saja penutup periuk yang ada di rumah tapi pastikan saiznya lebih kecil daripada periuk. Jika besar sangat, tak dapat tutup makanan pula nanti.

4. Akhir sekali, bolehlah kukus seperti biasa. Siap!

Cara kukus makanan tanpa pengukus ini bukan saja lebih mudah, malah sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk menjimatkan penggunaan air di rumah.

Jika nak kukus makanan yang sedikit saja, anda boleh gunakan tips berguna ini dan tak perlulah susah payah gunakan pengukus lagi di rumah.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Aima Mzln

Baca juga: Cara Lembutkan Ayam Kampung, Guna Jus ‘Ini’ Confirm Isi Tak Keras Lagi

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN