Selepas guna blender di dapur untuk kisar cili, pasti kesan dan baunya tetap melekat. Oleh itu, anda perlu tahu cara hilangkan pedas pada blender.
Blender merupakan salah satu alat dapur yang wajib ada di setiap rumah kerana ia sangat membantu dalam memudahkan kerja memasak.
Selain digunakan untuk kisar bahan mentah, blender juga boleh digunakan untuk membuat jus dan menjadi pengganti whisk untuk buat kek. Namun, terdapat satu masalah yang sering dihadapi ketika menggunakan blender.
Ramai gunakan blender untuk mengisar cili dan membasuhnya seperti biasa, kemudian menggunakannya semula untuk mengisar bahan mentah lain di dapur seperti bawang, daun pandan dan sebagainya.
Lebih teruk lagi jika anda mempunyai satu blender saja di rumah dan gunakannya untuk membuat jus juga. Oleh itu, kami nasihatkan anda gunakan cara cuci blender yang betul.
Hal ini disebabkan kesan cili yang melekat pada blender boleh membuatkan jus anda turut terasa pedas. Bukan saja jus anda menjadi tak sedap, malah nak minum pun rasa tak selesa.
Bagi menyelesaikan masalah ini, kami kongsikan cara hilangkan pedas yang melekat pada blender. Jom kita tengok tipsnya!
Baca juga: Tips Kurangkan Percikan Minyak Semasa Masak Sambal, Tak Bersepah Jadinya!
CARA HILANGKAN PEDAS PADA BLENDER
1. Mula-mula. bersihkan blender daripada kesan cili yang melekat dengan air paip.
2. Selepas itu, masukkan 2 sudu makan cuka dan sedikit air di dalam blender.
3. Kemudian, kisar dalam seminit hingga 2 minit.
4. Seterusnya, cuci blender seperti biasa. Siap untuk digunakan!
Cara hilangkan pedas pada blender ini begitu mudah, sampaikan ramai yang terkejut melihat hasilnya. Selain kesan cili yang melekat padanya hilang, blender anda lebih bebas daripada bau cili juga.
Bukan semua ada banyak blender di rumah dan ada yang lebih selesa gunakan blender yang berlainan. Tapi dengan cara bersihkan blender ini, anda dapat berjimat daripada membeli alat dapur yang banyak.
Selamat mencuba!
Sumber: Ruri_ferori
Baca juga: Cara Cuci Kuali Non-Stick Supaya Tak Cepat Rosak, Hasilnya Lebih Tahan Lama!