PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-11-09 04:59:21

Dessert atau pencuci mulut merupakan sajian ringan yang kebiasaannya dihidangkan selepas makan. Antara contoh dessert yang sering dijadikan pilihan ramai adalah seperti puding, ais krim, kek, cocktail dan sebagainya. Walaupun begitu, terdapat pelbagai lagi menu dessert yang boleh dicuba mengikut kreativiti masing-masing. 

Oleh itu, pada hari ini kami ingin kongsikan satu resepi dessert yang sangat istimewa dan pastinya digemari ramai. Jom cuba resepi Puding Roti Blueberry dengan Sos Kastard yang dikongsikan oleh Hidayati Hana di laman Facebooknya.

Kredit: Hidayati Hana

Bahan-bahan:

  • 8 keping roti gardenia butterscotch (roti biasa pun boleh)
  • 2 cawan susu segar
  • 4 sudu besar gula
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar mentega (dicairkan)
  • Jem blueberry
  • Kismis

Sos Kastard:

  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan air
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar gula

Kredit: Hidayati Hana

Cara-cara:

  1. Roti disapukan dengan jem blueberry dan dipotong 4
  2. Susun roti dalam bekas/ loyang yang dah dilenser dengan sedikit mentega
  3. Sementara itu, blend susu, telur, gula, esen vanila dan mentega
  4. Tuangkan ke dalam loyang tadi
  5. Biarkan roti terendam seketika
  6. Taburkan kismis
  7. Panaskan oven suhu 180 dan bakar selama 40 minit atau sehingga masak

Kredit: Hidayati Hana

Sos kastard:

Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau sehingga pekat dan tutup api

Kredit: Hidayati Hana

Selamat mencuba

Kredit: Hidayati Hana

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN