Apabila lihat belakang kuali yang hitam legam dan berkerak, memang boleh buat hilang mood nak masak. Jangan risau, kami ada cara hilangkan kerak kuali dengan berkesan.
Ramai sebenarnya yang simpan kuali lama kerana hasil masakan jadi lebih sedap. Tapi, masalah kerak yang tebal membuatkan orang yang tak biasa guna rasa ragu-ragu nak pakai.
Kali ini, kami kongsikan satu cara daripada Siti Raehah Sahal di Facebook dengan langkah demi langkah untuk make over kuali kesayangannya. Jom kita tengok caranya!
Baca juga: 5 Tips Goreng Ayam Tak Melekat Pada Kuali, Rupanya Ada Petua Kena Ikut
1. Mula-mula, sapukan pencuci seperti jenama Cif ke seluruh bahagian belakang kuali dengan rata, kemudian biarkan seketika.
2. Selepas itu, sental bahagian belakang kuali dengan menggunakan dawai gosok periuk atau berus sental khas.
3. Jika ada kerak yang degil, boleh kikis perlahan-lahan dengan pisau.
4. Seterusnya, ulang sapuan pencuci jenama Cif dan campurkan dengan sabun buku atau sabun cap kapak (sabun jenis ini memang berkesan untuk hilangkan minyak dan kerak lama).
5. Apabila sudah puas hati dengan hasilnya, bilas kuali seperti biasa dan lap sampai kering. Siap untuk digunakan!
Tips Tambahan:
Semoga bermanfaat!
Sumber: Siti Raehah Sahal
Baca juga: Cara Cuci Kuali Non-Stick Supaya Tak Cepat Rosak, Hasilnya Lebih Tahan Lama!
Cara masak sup ayam menggunakan periuk claypot sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan berkuah…
Bau bawang yang melekat pada tangan selepas memasak memang boleh mengganggu, lebih-lebih lagi apabila baunya…
Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…
Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana…
Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari…
Terinspirasi daripada majlis perkahwinan Bella Astillah dan Syed Saddiq yang dikenali sebagai wedding BASS, Nor…