goreng ayam

Sesiapa pun pasti kecewa sewaktu goreng ayam, tiba-tiba ayam melekat pada kuali pula. Sebenarnya, ada tips yang anda perlu ikut untuk mengelakkannya daripada terjadi.

Tak kira dewasa mahupun kanak-kanak, semua orang sukakan ayam goreng. Dapat makan bersama nasi putih, ditambah pula dengan sambal belacan, memang nikmat tak terhingga.

Antara masalah yang sering terjadi di dapur ketika menggoreng ayam adalah ia sering melekat pada kuali. Oleh itu, kami ingin kongsikan beberapa tips menarik untuk anda cuba di rumah.

Baca juga: Cara ‘Defrost’ Ayam Sepantas 5 Minit, Sekejap Je Dah Boleh Guna Untuk Masak!

5 TIPS GORENG AYAM SUPAYA TAK MELEKAT PADA KUALI

goreng ayam

Kredit gambar: Noor Juliana dari Lemon8

1. Sebelum masukkan ayam dalam kuali, pastikan ayam tak terlalu basah (selepas defrost ayam, anda perlu toskan atau lap ayam sampai betul-betul kering).

2. Kemudian, anda perlu tunggu sampai minyak sudah panas, baru masukkan ayam yang sudah dikeringkan sebelumnya tadi.

3. Sementara menunggu ayam digoreng dengan garing, anda boleh letakkan secubit garam ke dalam minyak.

goreng ayam

Kredit gambar: Noor Juliana dari Lemon8

4. Paling penting, pastikan anda menggoreng ayam dengan menggunakan api perlahan atau sederhana saja untuk mengelakkan ayam daripada hangus.

5. Akhir sekali, tunggu ayam betul-betul masak, baru terbalikkan ayam dan anda akan dapati ayam tak melekat pada kuali lagi.

Setelah mencuba tips goreng ayam ini, jangan lupa untuk kongsikannya kepada keluarga dan rakan-rakan yang baru belajar memasak. Asalkan praktis setiap hari, pasti hasilnya menjadi.

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: Noor Juliana dari Lemon8

Sumber: atylola

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Tips Goreng Ayam Guna Garam, Sedap Sampai Ke Tulang!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN