cara goreng bendi

Seringkali hadapi masalah bendi yang berlendir semasa digoreng, sebenarnya anda kena tahu cara goreng bendi yang betul.

Bendi adalah antara sayur tinggi serat dan rendah karbohidrat dan kalori yang boleh didapati dalam dua warna iaitu merah dan hijau.

Biasanya di Malaysia, hanya bendi hijau boleh didapati di pasaran. Di samping itu, sayur ini juga mudah ditanam di rumah.

Baca juga: Tips Rebus Kerang Tanpa Ambil Masa Lama, 1 Minit Je Dapat Isi Padat

Bendi sering digunakan dalam masakan asam pedas tapi ramai yang kurang suka makan sayur ini kerana sifatnya yang berlendir.

Nak selesaikan masalah bendi berlendir semasa digoreng ini mudah saja, anda hanya perlu ikut cara goreng bendi yang dikongsikan oleh Mohd Rozmie di Facebook.

CARA GORENG BENDI SUPAYA TAK BERLENDIR

cara goreng bendi

1. Basuh bendi terlebih dahulu sebelum dipotong. Bagi kekalkan kesegaran bendi, masukkan 1 sudu garam dan rendam sekejap.

2. Toskan bendi dan biarkan kering. Jika nak cepat, boleh saja keringkan dengan tisu dapur, tapi jangan dipotong lagi bendi tu.

3. Jangan goreng bendi dengan bawang besar untuk elakkan berlendir.

4. Semasa nak masukkan bendi dalam kuali, baru dipotong. Jika potong awal, boleh buatkan bendi itu berlendir lebih.

5. Semasa masukkan bendi dalam kuali, baru dibesarkan api, jadi goreng dalam keadaan api sedikit besar.

6. Jangan dimasukkan sedikit pun air dalam bendi yang digoreng itu kerana bendi itu sendiri akan berlendir. Jika ditambah air, ia akan menyebabkan lendir itu semakin banyak.

cara goreng bendi

Cara goreng bendi ini sangat berguna untuk dipraktikkan di rumah kerana anda takkan hadapi masalah bendi yang berlendir semasa digoreng lagi.

Selepas itu, anda boleh gunakan bendi yang telah digoreng dalam pelbagai masakan yang disukai.

Jangan lupa untuk kongsikan cara goreng bendi ini kepada keluarga dan rakan-rakan anda yang suka memasak di rumah.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Mohd Rozmie

Baca juga: Resepi Bawang Putih Goreng, Ada Tips Kekal Rangup Dan Tak Pahit!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN