cara buat telur dadar

Cara buat telur dadar Padang ini cukup mudah dan pasti akan buat sesiapa sahaja terliur! Menu ini antara hidangan yang terkenal di Indonesia, terutamanya di Sumatera Barat. Rasa dan aromanya sangat menggoda dengan gabungan telur, bawang, ikan bilis, dan cili padi.

Apa yang lagi menarik, resipi ini sangat mudah dan tak perlu teknik memasak yang rumit. Sesuai sangat untuk sarapan atau sebagai hidangan sampingan. Anda cuma perlu bahan-bahan asas yang biasanya ada di dapur. Nak tambah sayuran lain pun boleh, atau kurangkan cili kalau tak nak pedas.

Baca juga: Tips Telur Dadar Garing & Tak Serap Banyak Minyak

CARA BUAT TELUR DADAR ALA PADANG

Bahan-bahan:

  • Telur 3 biji
  • Bawang merah (hiris)
  • Bawang putih (hiris)
  • Ikan bilis sedikit
  • Cili padi merah (kisar kasar)
  • Tepung beras 1 sudu teh
  • Tepung gandum 1 sudu makan
  • Garam secubit
  • Lada secubit
  • Cukup rasa secubit
  • Daun kunyit (hiris nipis)
  • Daun bawang (hiris besar sedikit)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Dalam mangkuk, pecahkan telur dan kacau hingga sebati.
  2. Masukkan bawang merah, bawang putih, ikan bilis, dan cili padi yang telah dikisar. Kacau rata.
  3. Tambahkan tepung beras dan tepung gandum. Gaul hingga semua bahan tercampur dengan baik.
  4. Masukkan garam, lada, cukup rasa, daun kunyit, dan daun bawang. Kacau sekali lagi.
  5. Panaskan minyak dalam kuali hingga benar-benar panas.
  6. Tuangkan adunan ke dalam kuali, dan ratakan dengan sudu. Goreng hingga keemasan di kedua-dua belah.
  7. Angkat dan toskan minyak. Hidangkan panas-panas.

Kredit resipi dan gambar: Sayyida Tina

Baca juga: Resipi Sandwich Telur Mudah, Guna 2 Bahan Ini Pun Dah Cukup Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN