stok bahan kisar

Bulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi. Bagi memudahkan ibu-ibu yang bekerja, jom buat stok bahan kisar ini untuk masak sahur dan berbuka dengan cepat.

Bila dah ada stok cili kisar dan bawang kisar ni, tak perlu susah-susah nak kupas bawang setiap kali masak.

Tapi ada petua yang perlu diikuti supaya bahan kisar tersebut tahan lama dan tidak rosak. Jom baca resipi lengkap di bawah.

Baca juga: Jom Buat Stok Sambal Penyet Untuk Ramadan, Makan Dengan Lauk Apa Pun Sedap

PETUA STOK BAHAN KISAR TAHAN LAMA

stok bahan kisar

RESIPI CILI KISAR

Bahan-bahan:

  • Cili kering
  • Garam
  • 3 biji bawang besar
  • 1 labu bawang putih (8 @9 ulas)

Cara-cara:

  1. Gunting cili kering dalam 1 inci.
  2. Masukkan ke dalam penapis yang berlubang untuk membuang biji cili.
  3. Kemudian masukkan ke dalam periuk dan rebus cili sehingga mendidih.
  4. Letakkan satu sudu besar garam dalam rebusan dan kacau sebentar.
  5. Bila dah mendidih, tutup api.
  6. Basuh cili di bawah aliran air paip untuk mengeluarkan saki baki biji cili.
  7. Masukkan cili yang sudah dibasuh ke dalam pengisar.
  8. 100gm cili kering kisar bersama 3 biji bawang besar dan 1 abu bawang putih.
  9. Kisar menggunakan air tapis. Bila dah siap kisar, masukkan dalam bekas dan simpan di dalam peti ais.
  10. Cili kisar boleh tahan sehingga sebulan.

RESIPI BAWANG MERAH KISAR

Bahan-bahan:

  • 6 biji bawang besar
  • 10 biji bawang kecil
  • Minyak masak
  • Garam

Cara-cara:

  1. Kupas bawang, cuci, keringkan dan hiris kecil.
  2. Kisar bawang bersama minyak masak.
  3. Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang.
  4. Jika bilangan bawang penuh satu pengisar, gunakan minyak anggaran setengah pengisar.
  5. Bila dah siap kisar, masukkan ke dalam bekas.
  6. Letakkan sesudu garam di atas permukaan bawang kisar sebelum disimpan ke dalam peti ais.
  7. Boleh tahan selama seminggu atau 2 minggu.

RESIPI BAWANG PUTIH KISAR

Bahan-bahan:

  • 5 labu bawang putih
  • Minyak masak
  • Garam

Cara-cara:

  1. Kupas bawang, cuci, keringkan dan hiris kecil.
  2. Kisar bawang bersama minyak masak. 
  3. Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang.
  4. Jika bilangan bawang penuh satu pengisar, gunakan minyak anggaran setengah pengisar.
  5. Bila dah siap kisar, masukkan ke dalam bekas.
  6. Letakkan sesudu garam di atas permukaan bawang kisar sebelum disimpan ke dalam peti ais.
  7. Boleh tahan selama seminggu atau 2 minggu.

Kredit: Ani Zam

Baca juga: Tips Simpan Lauk Frozen Tahan Sepanjang Ramadan, Nak Sahur Tinggal Panaskan Saja

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN