cara buat sosej

Jom cuba cara buat sosej ayam homemade ini di rumah. Jika buat sendiri lebih terjamin dari segi kebersihan dan juga bebas bahan pengawet yang merbahaya.

Di samping itu, ibu-ibu juga tidak perlu risau jika mahu diberi kepada anak-anak. Makan setiap hari pun boleh sebab tidak ada letak bahan yang meragukan.

Jika ada yang ingin mencuba, boleh lihat resipi lengkap yang dikongsikan oleh Puan Nur Haziqah di bawah.

Baca juga: Resipi Sosej Masak Sos Kegemaran Anak-Anak, Campak-Campak Siap!

CARA BUAT SOSEJ AYAM HOMEMADE

Bahan-bahan:

  • 200 gram isi ayam
  • 1 biji telur
  • Lobak merah
  • Daun sup
  • Bawang holland sebelah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • Garam
  • Gula
  • 2 sudu besar tepung ubi
  • 1/4 cawan air

Cara-cara:

1. Kisar semua bahan-bahan di atas sehingga lumat dan halus.

cara buat sosej

2. Kemudian, masukkan ke dalam plastik ais atau aluminium foil.

3. Selepas itu, kukus dan rebus selama 15 minit.

4. Selepas siap dikukus, keluarkan dari plastik atau aluminium foil dan goreng sehingga bertukar keperangan.

5. Siap! Selamat mencuba.

cara buat sosej

Kredit resipi dan gambar: Nur Haziqah

Baca juga: Tip Buat Roti Sosej Rangup & Tak Serap Minyak, Resipi Mudah Guna 4 Bahan Je!

Baca juga: Resipi Sos Perapan Guna 3 Bahan. Boleh Guna Untuk Kambing, Ayam & Sosej

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN