resepi biskut kitkat

Resepi biskut kitkat kacang ini sangat sedap walaupun rupanya tidak berapa menarik. Jadi, jangan pandang sebelah mata ya! Sekali suap ke mulut, pasti susah nak berhenti makan.

Biskut sebegini bukan saja dihidangkan waktu musim perayaan tapi bila-bila masa pun sesuai. Ibu-ibu boleh buat dan simpan stok untuk anak-anak makan kat rumah. 

Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Aisyah Humaira di bawah.

Baca juga: Resipi Biskut Nutella Pods Mudah & Tak Perlu Bakar, Sedap & Jimat Masa!

RESEPI BISKUT KITKAT KACANG

resepi biskut kitkat

Bahan-bahan A:

  • 3 ketul butter (250gm x 3)
  • 2-3 cawan gula perang lembut atau ikut manis disukai
  • 3 sudu besar gula kastor
  • 2 sudu kecil butter vanilla
  • 2 sudu besar coklat emulco
  • 6 sudu besar minyak jagung

Bahan-bahan B (kering):

  • 4 cawan teh tepung gandum bakers choice
  • 2 cawan teh tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 ½ sudu kecil emplek
  • 1/4 cawan teh serbuk dark coklat
  • ½ cawan serbuk coklat cadbury (atau boleh guna serbuk koko biasa)

Bahan-bahan D:

  • 1 bungkus coklat kitkat dipotong kecil
  • 1 cawan kacang badam nibs
  • ½ cawan coklat chip
  • ½ cawan mini cornflakes
  • 1 cawan cornflakes kisar

Cara-cara:

1. Satukan bahan-bahan A dalam satu mangkuk. Kacau semuanya tapi jangan lama, sekadar rata.

2. Ayak semua bahan-bahan B dan masukkan ke dalam mangkuk bahan A tadi. Masuk sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga adunan tidak terlalu keras atau lembik.

3. Kemudian masukkan bahan-bahan D dan kacau rata semuanya. Adunan mesti lembut tapi tidak lembik melekat ditangan.

4. Simpan adunan 1 jam atau lebih dalam peti.

5. Panaskan oven sebelum bakar.

6. Sudukan adunan saiz kecil dan susunkan di atas loyang. Letak coklat kitkat yang sudah dipotong bersama kacang walnut (kacang ni perlu dibakar/sangai dahulu separuh masak).

7. Bakar biskut pada suhu 165℃ selama 35 minit atau sehingga masak.

8. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kerap udara. Selamat mencuba!

resepi biskut kitkat

Kredit resipi dan gambar: Aisyah Humaira

Baca juga: Resipi Biskut Makmur Susu ‘Gebu’ Guna Sukatan Cawan, Sedap Cair Di Mulut!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN