sambal belacan tomyam

Banyak resepi sambal yang boleh kita cuba, salah satunya adalah sambal belacan tomyam ini.

Makan nasi kalau tiada sambal belacan memang tak cukup umphh bak kata orang. Memang wajib ada!

Kalau nak sambal belacan rasa padu macam kat kedai Thai, boleh ikut resipi perkongsian oleh Ummu Naim di bawah. Menurutnya resipi ini dipelajari dari isteri tokey kedai tomyam. Selamat mencuba!

Resipi Sambal Belacan Tomyam Padu

Bahan-bahan:

  • 10 biji cili api
  • 3 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih yang besar (kalau kecil guna 5 biji)
  • Belacan (hitam campur putih, goreng atau bakar dahulu)
  • Gula
  • Garam
  • Ajinamoto
  • Asam kasturi (agak banyak biar masam, ambil jus saja. Masukkan cuba sedikit jika perut tiada masalah)

Cara-cara:

1. Kisar semua bahan menggunakan butang pause. Tak nak halus sangat, biar kasar macam biasa makan kat kedai Thailand.

2. Masukkan perasa secukupnya. Siap, selamat mencuba!

Info: Belacan hitam tu belacan sebelah utara, sedap belacan ni.

Kredit: Ummu Naim Qalaq

Baca juga: Rahsia Buat Tomyam Pekat Ala Thai Yang Mudah & Sedap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN