kuih apam pandanResipi apam pandan coklat atau ‘apom’ merupakan makanan klasik yang sedap, senang serta sesuai untuk dijamu pada waktu pagi. Dipadankan pula bersama kopi O atau teh O, kuih apam pandan coklat memang menggamit kenangan sungguh!

Hanya menggunakan satu jenis tepung sahaja untuk membuat apam yang tekstur sedikit kenyal, tidak manis dan cukup sedap.

Jom kita tengok resipinya.

Baca juga: Resipi Apam Solo Inti Kacang Merah, Cantik Sangat Sayang Nak Makan!

RESIPI KUIH APAM PANDAN COKLAT

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur saiz B
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air suam + 2 sudu besar tepung atau susu pekat
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil ovalet
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecik esen vanila
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu besar perasa pandan hijau
  • sedikit minyak atau majerin untuk mengoles acuan
  • sedikit garam

Cara membuat apam pandan coklat:

1. Masukkan telur, esen vanila, gula, minyak masak, ovalet dan campuran susu suam ke dalam jug blender. Kacau sehingga menjadi gebu.

2. Ayak tepung gandum dan baking powder, kemudian tuangkan ke dalam mangkuk adunan yang sudah diayak.

3. Masukkan sedikit garam ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.

4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian, iaitu pandan dan coklat.

5. Oleskan acuan dengan sedikit minyak atau majerin, kemudian masukkan adunan pandan terlebih dahulu, diikuti dengan adunan coklat.

6. Panaskan pengukus terlebih dahulu. Pastikan air kukusan mendidih sebelum mengukus kuih apam ini.

7. Kukus selama 15 minit.

8. Setelah masak, kuih apam siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Tip bagi kuih apam pandan coklat:

  • Sekiranya mengukus menggunakan pengukus klasik, balut penutup terlebih dahulu menggunakan kain untuk mengelakkan air wap jatuh ke atas apam. Sekiranya menggunakan pengukus moden, buka penutup perlahan-lahan dan sengetkan ketepi supaya air tidak kena apam.

Dengan resipi dan tip tambahan ini, anda akan dapat rasa kuih apam yang sangat lembut serta lazat dengan aroma pandan serta manis coklat.

Selamat mencuba !

Kredit gambar dan resipi: Mazaliza Mahayuddin via Resepi Kuih Muih

Baca juga: Cara Buat Pes Pandan Homemade, Bau Wangi Semerbak Tak Sama Macam Beli

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN