Buat peminat laksa, apa kata jom belajar buat laksa beras sendiri di rumah. Laksa homemade ini jauh berbeza dari segi tekstur berbanding laksa kering. Lebih kenyal dan padat!
Ia juga boleh dihidangkan bersama apa jua kuah laksa seperti laksa penang, laksa lemak putih dan lain-lain.
Cara ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna laman sesawang Facebook. Lihat resipi lengkap di bawah.
Baca juga: Peniaga Ini Dedah Tip Masak Kuah Laksa Utara Yang Sedap, Memang Betul-Betul Umphhh!
CARA BUAT LAKSA BERAS HOMEMADE
Bahan-bahan:
- 1 cawan tepung beras
- 1 cawan tepung ubi
- 3 sudu makan tepung jagung
- 3 sudu makan tepung gandum
- 160ml air panas
Cara-cara:
- Masukkan semua bahan kering ke dalam mesin pembuat mi atau pasta.
- Tutup mesin dan tekan suis on. Sambil itu, masukkan air sedikit demi sedikit. Biarkan mesin menguli sehingga sebati. Anda tidak perlu bimbang kerana mesin akan memicit laksa keluar sendiri. Pastikan ada dulang untuk menadah laksa yang dihasilkan.
- Sementara itu, didihkan air dalam periuk dan sediakan bekas air sejuk untuk merendam laksa yang telah direbus.
- Masukkan laksa yang telah dikecutkan ke dalam air mendidih. Biarkan laksa timbul ke permukaan dan ulangi proses sehingga semua laksa habis direbus.
- Selamat mencuba! Resepi ini menghasilkan lebih dari 1kg laksa homemade yang sangat berbaloi dan menjimatkan.
Info: Pastikan untuk mengikuti langkah-langkah dengan teliti untuk hasil yang terbaik.
Kredit resipi dan gambar: Sapura Sakura via Wo-aini Crafter
Baca juga: Cara Masak Laksa Johor Asli, Guna Ikan Jenis Ini Supaya Kuah Lebih Pekat & Padu