pencuci mulut durian

Pencuci mulut durian sangat terkenal terutamanya bila musim durian telah tiba. Buat penggemar raja buah itu, pasti anda telah memborong dan kadang-kala sampai berlebih yang boleh menyebabkan anda membazir.

Banyak juga menu yang menggunakan durian, jadi apa kata anda cuba satu per satu bagi mengelakkan ia rosak begitu sahaja.

Resipi Pencuci Mulut Menggunakan Durian

Seri Muka Durian

pencuci mulut durian

Kalau nak buat seri muka pandan, hanya perlu tukar durian kepada pandan. Bahan yang lain sama seperti biasa.

Bahan A (bahagian bawah):

  • 2 cawan pulut (rendam dulu selama 1 @ 2 jam)
  • 1 cawan santan kara
  • 1 cawan air
  • 1 tsp garam

Bahan B (bahagian atas):

  • 2 cawan santan kara
  • 3/4 cawan gula
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 tbsp tepung jagung
  • 1/2 cawan air + 1/4 air lagi
  • 1 tsp garam
  • 4 tsp perisa durian/durian
  • 7/8 titis pewarna kuning
  • 2 biji telur (gred B)

Cara memasak:

  1. Sapu minyak pada talam.
  2. Tuang semua bahan A dalam talam, kukus selama 20 minit.
  3. Siap 20 minit tekan pulut bagi padat, cucuk sikit guna garpu.
  4. Satukan bahan B, tapis terus tuang atas pulut yang kita dah padatkan tadi.
  5. Kukus 40 minit. Rajin-rajin buka penutup pengukus untuk buang wap air.
  6. 10 – 15 minit yang last tu buka penutup terus kukus sampai habis masa.

Kalau nak buat pandan tukar pewarna, air tu blend 8 helai daun pandan. Kalau jadi gelembung, jangan risau, ambil sudu dan air bagi lawa balik.

Kredit: Nooridah Harun

Wajik Durian

pencuci mulut durian

Bahan-bahan:

  • 500g pulut susu
  • 500ml santan pekat
  • Sedikit santan cair
  • 250g gula merah
  • 150g gula melaka
  • 200g gula putih
  • 200g durian
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 helai daun pandan
  • 1 cawan air

Cara-cara:

  1.  Kukus pulut dengan sedikit santan cair selama 25 minit. Pastikan santan sama paras dengan pulut.
  2. Masak gula merah dan gula melaka dgn secawan air sampai gula larut. Tapiskan.
  3. Masukkan santan pekat, larutan gula merah dan gula melaka, gula putih, garam, durian dan daun pandan. Masak sampai pekat berminyak.
  4. Masukkan pulut susu dan kacau sampai pekat. Sedia dihidang. Tunggu sejuk kemudian boleh potong.

Kredit: Cik Puan Hasanah Nassan

Kuih Ketayap Durian

pencuci mulut durian

Bahan-bahan inti:

  • 2/3 cawan air
  • 2 keping nisan kerek/gula melaka
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 helai daun pandan
  • 5-6 ulas isi durian
  • 2 1/2 cawan kelapa muda parut
  • 2 sudu besar tepung gandum

Bahan-bahan kulit:

  • 2 1/2 cawan air
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak masak/marjerin
  • 1 sudu kecil pewarna kuning

Cara-cara:

  1. Campur semua bahan inti. Inti basah-basah harum bau durian.
  2. Belender bahan kulit sehingga sebati kemudian tapiskan.
  3. Tuang 1 senduk adunan. Kalau dah merekah dekat tepi pan tu maknanya dah boleh angkat.
  4. Sudukan inti & lipat.
  5. Dapat la 10 biji. Kuantiti bergantung ketebalan size pan kita guna.

Kredit: Nurul Huda Sulaiman

Banyak menu yang boleh kita cuba ni, jangan terlepas peluang. Selamat mencuba!

Baca juga:

Harga Bukan Main Mahal, Lelaki Kecewa Durian ‘Black Thorn’ RM117 Tak Ada Isi

Wanita Ini Kongsi Resipi ‘Durian Crepe Gebu’, Pertama Kali Buat Pun Menjadi & Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN