cucur jagung

Biasanya cucur akan diberi nama dengan apa bahan yang dimasukkan dalam adunan.  Sebagai contoh untuk membuat cucur jagung, perlu ada jagung untuk dimasukkan ke dalam adunan.

Pasti ramai yang tak pernah rasa cucur jagung ni kan? Rasa dia tersangatlah sedap, lagi-lagi bila cicah dengan sos cili.

Boleh cuba buat nanti untuk minum petang dengan menggunakan resipi yang telah dikongsikan oleh Ana Mariana Ismail di bawah. Selamat mencuba!

RESIPI CUCUR JAGUNG UNTUK MINUM PETANG

Bahan-bahan:

  • Isi jagung yang dihiris
  • Tepung gandum
  • Cili blend
  • Udang kecik @ ikan bilis tumbuk kasar
  • Bawang besar dihiris
  • Serbuk kunyit+serbuk ikan bilis
  • Garam+gula secukup rasa
  • Telur sebiji
  • Air suam

Cara-cara:

1. Masukkan tepung gandum (agak-agak kuantiti sesuai dengan bahan lain), isi jagung, bawang besar dihiris, udang, serbuk kunyit, garam, gula, serbuk ikan bilis sedikit dan cili kisar. Gaul sebati.

cucur jagung

2. Masukkan juga telur sebiji. Bancuh adunan jangan terlalu pekat atau cair.

3. Masukkan air sedikit demi sedikit (biar senang nak kaup guna tangan).

cucur jagung

4. Goreng dalam minyak yang banyak menggunakan api sederha. Sedap dicicah dengan sos cili.

Selamat mencuba!

cucur jagung

Kredit: Ana Mariana Ismail

Baca juga: Cara Rebus Jagung Supaya Tak Kecut & Cantik Elok, Macam Beli Kat Pasar Malam

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN