sira labu

Sira Labu manisan yang sangat sinonim dengan rakyat Kelantan. Tatkala masjid kenduri kahwin, ia merupakan salah satu manisan yang disajikan kepada tetamu.

Begitu juga di majlis-majlis kenduri kendara dahulu kala. Sira Labu adalah salah satu manisan wajib ada. Namun kini, agak jarang menjumpai manisan ini.

Artikel berkaitan: Resipi Cek Mek Kelantan Guna 4 Bahan, Sangat Mudah & Sedap

Bagi anda yang teringin nak rasa atau rindu nak makan Sira Labu, Nor Azneyani Zakaria ada kongsikan resipinya. Lembut berkilat hasilnya! Persis air tangan orang tua dulu-dulu. Psti sedap. Jom cuba!


Resipi Sira Labu


Bahan-bahan:

1 biji labu
5 keping gula melaka
2 sudu makan gula
2 helai daun pandan
Kapur makan secukupnya

Cara memasak:

1. Bersihkan labu dan potong menjadi kepingan ‘wedges’ sederhana tebal. Kulit labu terpulang. Boleh dikupas atau dibiarkan sahaja.

2. Lumur kepingan labu tadi dengan kapur makan dan biarkan selama 3 jam. Selain dilumur, anda juga boleh merendamnya dengan air kapur. Tujuan kapur digunakan adalah supaya labu tidak lembik dan hancur apabila disira.

3. Cukup masa, bersihkan sisa kapur pada kepingan labu dan basuh bersih. Toskan.

4. Masukkan labu, daun pandan, gula dan gula melaka ke dalam periuk. Tidak perlu tambah air.

5. Masak guna api perlahan sehingga labu masak dan meresap bahan sira.

6. Angkat, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN