cara buat cheesekut

Banyak resipi pencuci mulut yang mudah dibuat tanpa perlu bakar atau kukus. Kali ini, kami nak kongsikan cara buat Cheesekut dengan blender yang cukup mudah.

Cheesekut adalah gabungan dari perkataan cheese dan biskut serta merupakan salah satu pencuci mulut viral yang disukai ramai kerana cara membuatnya cukup mudah.

Ramai tertarik dengan cara buat Cheesekut oleh Pakcu Love di Facebook yang hasilnya kelihatan sungguh lazat dan menyelerakan. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Cheesekut Aiskrim Dengan 5 Bahan, Buat Sebekas Pun Rasa Tak Cukup!

CARA BUAT CHEESEKUT

cara buat cheesekut

Bahan-bahan:

  • 1 paket biskut kering (apa-apa jenama pun boleh)
  • ½ susu tin pekat
  • ¼ cawan susu segar
  • 250 gram cream cheese Tatura
  • Serbuk nestum atau koko (sebagai topping)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, kena kisar bahan dahulu. Satukan cream cheese, susu pekat dan susu segar dan kisar ketiga-tiga bahan ini sampai sebati. Nak guna mixer pun boleh.

2. Selepas itu, boleh rendamkan biskut dengan mencelupkan biskut kering tadi ke dalam susu segar. Sementara itu, buat lapisan nipis dengan cream cheese yang dikisar tadi.

3. Lapis-lapiskan dengan menyusun biskut di atas lapisan cream cheese, kemudian lapiskan balik dengan cream cheese. Susun pula biskut macam tadi.

4. Ulangi langkah yang sama sampai cream cheese boleh tutup lapisan biskut paling atas.

5. Akhir sekali, boleh letak topping dengan menaburkan serbuk nestum. Jika suka, boleh tabur serbuk koko juga. Sejukkan semalaman dalam peti ais. Siap untuk dinikmati!

cara buat cheesekut

Cream cheese diadun dengan sedikit kemanisan, kemudian dilapis dengan biskut rangup setelah dicelup di dalam susu berkrim membuatkan sesiapa saja terliur memakannya.

Jika ingin jadikan Cheesekut yang lebih kreatif dan menarik, anda boleh letakkan pelbagai topping seperti sprinkle, chocolate rice, oreo dan banyak lagi.

Jika ada ahli keluarga atau kawan-kawan yang ingin belajar buat pencuci mulut, anda boleh tunjukkan cara buat Cheesekut ini kepada mereka nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Pakcu Love

Baca juga: Resepi Aiskrim Cheese Indulgence, Buat Bentuk Cawan Begini Senang Nak Ngap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN