cara buat begedil

Cara buat begedil tempe ini mudah dan cepat. Selalunya kita makan bergedil kentang atau daging, tapi kali ini mari cuba sesuatu yang berbeza!

Bergedel tempe ini memang sesuai untuk hidangan sampingan atau kudapan dan boleh dinikmati bersama nasi atau sebagai snek bila-bila masa.

Dengan hanya beberapa bahan mudah seperti tempe, telur, dan bawang, anda boleh hasilkan bergedil yang sedap dan memuaskan.

Ditambah pula dengan rempah dan sayur-sayuran, hidangan ini bukan sahaja lazat tetapi juga penuh dengan nutrisi. Jom cuba dan rasai sendiri keenakannya!

Baca juga: Cara Menggoreng Bergedil Supaya Tak Hancur, Barulah Sedap Dan Perfect!

CARA BUAT BEGEDIL TEMPE

cara buat begedil

Bahan-Bahan:

  • 2 keping tempe
  • 2 biji telur
  • Daun bawang
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Lada hidup
  • Secubit garam

Cara-Cara:

  1. Patahkan tempe kecil-kecil dan tumbuk hingga lumat.
  2. Setelah tempe ditumbuk lumat, gaulkan dengan daun bawang, bawang besar, bawang putih, lada hidup, secubit garam, dan satu biji telur.
  3. Gaul hingga rata sehingga campuran menjadi sebati.
  4. Bentuk campuran menjadi bulat atau leper, mengikut citarasa anda. Kemudian, simpan dalam peti sejuk sekejap supaya tidak hancur semasa digoreng.
  5. Pukul telur yang satu biji tadi untuk dicelupkan ke dalam bergedil tempe sebelum digoreng.
  6. Goreng bergedil tempe dengan api kecil hingga kekuningan dan garing.

Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Rosmy Hashim

Baca juga: Tauhu Bergedil Gedempol, Puas Makan Inti Kemain Banyak!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN